• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Oleh
ILB - AI
5 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Lebih 100,000 IP berdaftar di Malaysia dikenal pasti terlibat dalam pornografi kanak-kanak dalam masa 6 tahun

Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak. Dilaporkan eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian semakin meningkat apabila lebih 100,000 alamat protokol internet (IP) berdaftar di Malaysia telah dikenal pasti terlibat dalam pornografi kanak-kanak.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 106,764 alamat IP berdaftar di Malaysia membuat perkongsian kandungan lucah melibatkan kanak-kanak sejak tahun 2017 sehingga Ogos lalu.

Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Perkembangan yang tidak sihat

Mengenai data yang dikongsi oleh PDRM, Rina berkata sekiranya masalah ini tidak dibendung, ia akan mendorong kepada ketagihan seks yang seterusnya membawa kepada perlakuan seksual yang lain iaitu menjurus kepada kesalahan jenayah seperti rogol, cabul kehormatan dan ugutan gambar lucah (sextortion).

Berdasarkan statistik PDRM antara Januari hingga Jun lalu, Rina berkata sebanyak 1,348 kes direkodkan membabitkan kesalahan seksual kanak-kanak dan paling tinggi membabitkan kes rogol iaitu sebanyak 641 kes.

Selain itu ialah kesalahan cabul dengan 438 kes, sumbang mahram (127), seks luar tabii (95) dan rogol berkumpulan (47),”

ulasnya lagi.

Kredit foto: Malay Mail

Mudah diakses dengan kurang kawalan

Tambahnya lagi, kadar penggunaan internet pada tahun 2020 turut meningkat dan kajian yang dilakukan untuk mendapati tahap kesedaran kawalan ibu bapa terhadap penggunaan oleh anak-anak mereka telah menurun daripada 52.5% pada tahun 2018 kepada 53.3% pada tahun 2020.

Malah, telefon pintar merupakan gajet popular untuk mendapatkan internet – dengan paras penggunaan sebanyak 98.7% manakala 78.3% ibu bapa di Lembah Klang membenarkan anak-anak mereka memiliki telefon pintar.

Gambar sekadar hiasan.

Penggunaan telefon pintar juga turut membenarkan kanak-kanak akses kepada aplikasi dalam talian yang mudah dimuat turun dan menjadi trend kepada gaya hidup kini seperti TikTok, Instagram dan WeChat – menjadikan waktu melayari internet kanak-kanak ini menjadi lebih lama jika tiada langkah pengawalan diambil.

Selain aplikasi tersebut, Rina turut dikejutkan dengan kemunculan aplikasi seperti Litmatch di mana aplikasi tersebut digunakan oleh individu tidak bermoral bagi mengajak kanak-kanak dan membenarkan akses kepada kanak-kanak ini.

Dengan akses mudah kepada internet dan juga gajet yang kini menjadi satu keperluan untuk pembelajaran, ia turut mengundang kerisauan bukan sahaja kepada saya tetapi kepada Kementerian Pembangunan, Wanita dan Masyarakat dan ibu bapa,”

katanya lagi.
Gambar sekadar hiasan.

Tindakan undang-undang akan diambil

Mengenai masalah yang membimbangkan ini, Rina berkata,

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan kanak-kanak, kami tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual.”

Katanya lagi, tindakan untuk membendung eksploitasi kanak-kanak secara seksual adalah selaras dengan komitmen negara ke atas Artikel 34 (Eksploitasi Seksual) di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Pelaku yang didapati bersalah terlibat dalam eksploitasi seksual melibatkan kanak-kanak boleh disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Lagi di sini:

Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7
Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
SUMBER :HARIAN METRO
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching
Next Article Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?