• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800

Oleh
Ismail NA
12 September 2022
Kongsi
8 Min Bacaan

Murah sangat dah ni.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800. Lepas pandemik ini, sektor pelancongan ke dalam mahupun luar negara kembali rancak. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti untuk pelbagai tujuan, seperti mana yang dilakukan oleh wanita ini. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Mary James, percutiannya di Bali kelihatan begitu berbaloi dan memorable sekali. Paling penting, kos keseluruhan untuk percutiannya itu tidak sampai RM 2,000 pun!

Isi Isi Penting
  • 1. Pengangkutan
  • 2. Tempat Penginapan
  • 3. Makan dan minum
  • 4. Destinasi wajib pergi di Bali
  • 5. Buah tangan

Mary memulakan perjalanannya dari Kapit, Sarawak menggunakan beberapa mod pengangkutan seperti bas dan kapal terbang. Difahamkan, kos ini merupakan kos keseluruhan termasuk tiket bas, tiket penerbangan, tempat tinggal, makan minum dan bayaran masuk ke destinasi pelancongan.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800. Sumber: FB Mary James

Untuk itinerari percutian selama 6 hari 5 malam ini, mari kita baca sendiri perkongsian daripada Mary James seperti mana ditulis oleh beliau di laman Facebooknya. Hantaran ini telah kami sunting mengikut pecahan seperti pengangkutan, tempat penginapan, makan minum dan sebagainya.


1. Pengangkutan

Pecahan kos untuk percutian 6 hari 5 malam : RM1800 (termasuk pengangkutan + tiket penerbangan + yuran masuk + hotel). Semua harga ini termasuk aktiviti.

Di Bali, saya memang recommend 100% puas hati jika ambil pakej dari Supirbali.com (Alfian Bali) Anda cuma tinggal maklumkan sahaja destinasi yang anda ingin kunjungi, Alfian Bali akan hasilkan itinerari berserta kos keseluruhan. Yang pasti, pakej dari beliau sangat berpatutan, menepati masa dan sangat hormat klien

Berikut adalah pecahan pengangkutan Mary dari Kapit sehingga ke Bali:

Kapit – Sibu 🚌 Bas (3 jam sehala): RM44 (pergi balik)

Sibu – KL ✈️ AirAsia (2 jam sehala): RM514 (pergi balik)

KL – Bali ✈️ AirAsia, (3 jam sehala): RM631 (pergi balik)

Supir/pemandu (persendirian), tour guide (persendirian), aktiviti (persendirian dan awam, ada berbayar dan ada yang percuma), tiket masuk tempat pelancongan, boat transfer (untuk ke Nusa Penida, Nusa Lembongan): RM800 (6 hari)

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Nusa Ceningan & Nusa Lembongan. Sumber: FB Mary James

2. Tempat Penginapan

Hotel : RM351 (5 malam – Kuta / Ubud / Nusa Lembongan)

Hotel tiada masalah, price range RM120 ke atas sudah 3 stars. Nak yang biasa-biasa / standard hotels di bawah RM120 pun ada banyak. Villas and beach front resorts mostly eksklusif dan spacious (quite pricey around RM350 and above). Ikut bajet sendiri ya.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Nusa Lembongan Ocean Paradise Cottage. Sumber: FB Mary James

Ubud, lokasi wajib untuk anda singgah bermalam

Bermalam juga di Ubud untuk merasa tropical vibes kerana dikelilingi tumbuhan hijau dan sedikit sejuk berbanding tempat lain. Jika ada masa, boleh teruskan ke Nusa Ceningan dan Nusa Lembongan, stay a night or two 👍 Transport adalah boat 🛥 dan harga tiket RM40 dari Sanur ke Nusa Penida (1 jam). RM20 dari Nusa Penida ke Nusa Lembongan (30 minit). Untuk Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan, tour kami diuruskan Kinara nusatour dan ini juga mmg sudah include under Supirbali.com.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Ubud Tropical. Sumber: FB Mary James

3. Makan dan minum

Makan dan minum : RM260 for 6 hari

Kami pilih makanan lokal untuk harga yang lebih murah dan rasa makanan Bali yang asli) seperti Babi Guling, Ayam Betutu, Ikan Bakar Bali, Sate Lilit dan Bebek Timbungan. Anda mesti cuba rasa!

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Warung Babi Guling Pak Malen, Kuta. Sumber: FB Mary James

4. Destinasi wajib pergi di Bali

Menurut Mary, pakej percutiannya ke Bali berharga RM 1,800 ini merangkumi 8 destinasi di Bali. Antaranya adalah seperti:

Kuta ✅

Legian ✅

Seminyak ✅

Sanur ✅

Ubud ✅

Uluwatu ✅

Nusa Penida ✅

Nusa Lembongan ✅

Nusa Ceningan ✅

Yuran masuk kebiasaannya hanya berharga RM10 ke bawah.

Kecak dance di Uluwatu: RM48

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Kecak dance di Uluwatu. Sumber: FB Mary James
Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Mangrove Snorkelling, Nusa Ceningan. Sumber: FB Mary James
Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Tarikan pelancongan di sekitar Ubud, Bali. Sumber: FB Mary James

This time kami tidak pergi ke Kintamani (Mt. Batur), Nusa Dua, Jimbaran, dan Crystal Bay Nusa Penida kerana dah pernah pergi. Korang boleh masukkan kalau nak. Lempuyang mmg tak pergi sebab perjalanan terlalu time consuming plus hanya ada 1 main attraction sahaja di sana.

Ini pula senarai destinasi yang mesti masuk dalam senarai percutian ke Bali menurut Mary.


Nusa Penida dan Nusa Lembongan

Jika ke Bali, wajib masukkan Nusa Penida kerana view dan landscape yang sangat cantik. Rugi jika hanya cover Kuta dan Ubud sahaja.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Kelingking Beach, Nusa Penida. Sumber: FB Mary James

Diamond Beach Nusa Penida pun sangat cantik kena hiking sedikit 🫢 Untuk sunset terbaik boleh pergi Rock Bar, Ayana Resort and Spa. (Pricey, but worth it).

Untuk pantai, di mana-mana pun ada and mostly allow swimming. Namun pantai terbaik semestinya semestinya di Nusa Penida and Nusa Lembongan. Pasirnya putih. Kalau di area Kuta, Seminyak and Nusa Dua agak crowded.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Blue Lagoon, Nusa Lembongan. Sumber: FB Mary James
Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Angel’s Billabong, Nusa Penida. Sumber: FB Mary James
Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
La Plancha, Seminyak. Sumber: FB Mary James

Bali Swing di Sa-i Ma-i Warung

Untuk Bali swing, saya recommend Sa-i Ma-i Warung kerana view paling cantik dan menyediakan gown sekali photo spot lain-lain free of charge. RM48 ringgit sahaja. Elakkan ke swing yang pricey tapi view hanya pokok kelapa dan hutan bukannya rice terrace (Tegallalang Rice Terrace).

Swing (Warung Sai Mai) view cantik so recommended. Cuma 150k rupiah = RM46
Superman Zipline (adventure park area) 350k = RM107

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Sa-i Ma-i Warung &Tegallalang Rice Terrace. Sumber: FB Mary James
Sumber: FB Mary James

Taman Dedari, Ubud

Menurut Mary, Taman Dedari, Ubud adalah lokasi must-go yang mesti anda kunjungi sebagai pelancong ke Bali. Di sini, anda boleh makan dan menikmati pemandangan patung atau statue yang menakjubkan dan magical.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800
Sumber: FB Mary James

5. Buah tangan

Boleh pergi mana-mana flea market (gunakan skil tawar menawar anda. Anda boleh mendapatkan harga ole-ole daripada RM90 jadi RM20). Fixed price dan murah boleh pergi Krisna Oleh-Oleh Bali.

Di akhir perkongsian beliau, percutian ke Bali sangat selamat untuk pelancong solo mahupun berkumpulan. Servis di sana juga di tahap yang sangat memuaskan. Mungkin juga kerana sektor pelancongan adalah industri utama mereka di sana.

Selain itu, orang Bali juga dikatakan sangat peramah dan membuatkan kedatangan anda begitu dialu-alukan. Aww!

Pesan Mary lagi, jika anda nak ke Bali, tempoh yang paling sesuai adalah sekitar sekurang-kurangnya seminggu. Paling afdal, 2 minggu lah. Hehe.

Menarik betul kan? Harap perkongsian Mary ini bermanfaat untuk anda yang ingin menjadikan Bali sebagai destinasi pelancongan kasual mahupun untuk percutian bulan madu. Anda boleh melihat foto penuh percutian Mary James di laman Facebook beliau.

Nota kaki: Macam lagi berbaloi simpan duit pergi ke sini berbanding beli iPhone 14. Jum merancang dari sekarang.

Kat tempat kita pun tak kurang hebatnya tau. Contohnya seperti resort atas air dekat Semporna ni:

Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives
Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching
SUMBER :FB Mary James
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan
Next Article Sangat Bertuah, Mat Salleh Teruja Dapat Lihat Orang Utan Di Tepi Jalan Di Sarawak Tak Sangka Dapat Lihat Orang Utan Tepi Jalan Di Sarawak, Mat Salleh Merasa Bertuah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?