• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu

Oleh
ILB - AI
22 Jun 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu

Invasion of Privacy

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu. Dimana perginya integriti dan profesionalisme manusia jika kuasa disalahgunakan?

Isi Isi Penting
  • Invasion of Privacy
  • Terpaksa Tulis Dalam Logbook Kerana Tiada Pilihan Scan QR
  • Mangsa Lain Tampil Dedahkan Pengalaman Mereka
  • Sekiranya Anda Mangsa, Anda Berhak Untuk Laporkan Ini Kepada Pihak Berkenaan

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya dimana beliau dihubungi seorang lelaki yang bertugas sebagai periksa suhu. Difahamkan nombor peribadi beliau diambil dari logbook premis yang sepatutnya digunakan untuk tujuan contact tracing. Perbuatan lelaki itu yang melanggari batasan mendapatkan reaksi negatif dari netizen yang beranggap lelaki itu tidak profesional dan patahkan kepercayaan pelanggan.

Terpaksa Tulis Dalam Logbook Kerana Tiada Pilihan Scan QR

Berdasarkan tinjauan bebenang itu, pengguna Twitter itu berkata beliau dihubungi oleh tukang periksa suhu setelah mendapati nombornya dari logbook premis terbabit.

Lelaki itu turut menghubunginya pada malam itu dan bersangka wanita itu akan layan dia balik.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu

Menurutnya, beliau terpaksa menulis di dalam logbook kerana tiada pilihan scan QR di premis pada ketika itu. Yang lebih mengejutkan, wanita itu berkata rakannya dan seorang commentor Twitter di bebenang tersebut juga diganggu oleh lelaki yang sama. Mana pergi nya gentle?

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu

“Untuk menjelaskan keadaan, kopitiam itu tidak mempunyai kod QR jadi saya tiada pilihan lain selain mengisi logbook itu dengan nama dan nombor saya sendiri. Saya bukan seorang sahaja yang kena. Saya baru tahu salah seorang rakan saya dan seorang dari ruangan komen ini diganggu oleh lelaki yang sama. Ini sangat SALAH! Saya sudah block dan laporkan nombor lelaki ini.”

Mangsa Lain Tampil Dedahkan Pengalaman Mereka

Susulan luahan wanita itu, beberapa mangsa tampil menceritakan pengalaman masing-masing yang telah menghadapi situasi yang sama. Berikut adalah antara mangsa-mangsa terbabit.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu
Mangsa ini pula dihubungi oleh seorang periksa suhu, yang berminta beliau untuk hantar gambar beliau kepadanya.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pelik Dihubungi Lelaki Periksa Suhu
Mangsa ini dihubungi oleh seorang personel beruniform yang mengambil nombornya dari logbook stesen bas.

Sekiranya Anda Mangsa, Anda Berhak Untuk Laporkan Ini Kepada Pihak Berkenaan

Sebaiknya, anda tidak digalakkan untuk dedahkan nombor peribadi pelaku walaupun anda rasa they deserve it kerana perbuatan ini salah disisi undang-undang iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menangani penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak betul.

Disebaliknya, jika anda dihubungi oleh individu yang tidak sepatutnya, anda boleh laporkan ini kepada daftar.pdp.gov.my. Berikut adalah siaran media rasmi mengenai tatacara pengendalian penyimpanan data peribadi oleh premis perniagaan.

“(v) Data peribadi yang dikumpul hanya digunakan bagi tujuan pengesanan kontak selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ;”

“Kegagalan mana-mana premis perniagaan untuk mematuhi perkara ini dan sekiranya disabitkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2020 [Akta 709], boleh didenda maksimum RM300,000.00 atau dipenjarakan dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.“

Pesanan kepada mereka yang mengendali logbook premis, TOLONG HORMATI privasi pelanggan anda. Sudah cukup baik mereka bersedia bekerjasama dengan anda dengan memberikan maklumat peribadi mereka untuk tujuan pengesanan kontak. Jangan melanggar kepercayaan itu dengan menghubungi mereka secara peribadi. Ia bukan sahaja perbuatan yang melanggari integriti dan profesionalisme, malah salah disisi undang-undang juga.

Jangan sebab terlalu ikut perasaan ‘layan cinta’ anda, percuma anda bayar harganya.

Keep it professional, gais.

Lebih lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik Buat Pengunjung Tegar, Pasar Malam Metrocity Akan Dibuka Kembali 1 Julai Ini
Next Article Gunung Ngeli, Port Hiking Yang Sesuai Untuk Beginner Di Simunjan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?