• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas Hilang 6 Hari Ditemui Selamat, Bertahan Hanya Dengan Gula-Gula Dan Air Sungai

Oleh
Husna Hazmi
1 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa hilang di hutan Roban

Warga Emas Hilang 6 Hari Ditemui Selamat, Bertahan Hanya Dengan Gula-Gula Dan Air Sungai. Dilaporkan, seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 23 Februari lalu di Roban akhirnya ditemui selamat hari ini selepas enam hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Menurut Ketua Balai Bomba Sarikei, Arrahman Chik, mangsa Kamoi Paun, berusia 69 tahun, ditemui sekitar 300 meter dari Rumah Luang Empaong pada jam 9 pagi dalam keadaan lemah dengan luka di tangan dan kaki.

“Mangsa segera dibawa menggunakan pengusung ke rumah panjang sebelum diserahkan kepada ambulans Saratok pada jam 11.46 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Warga Emas Hilang 6 Hari Ditemui Selamat, Bertahan Hanya Dengan Gula-Gula Dan Air Sungai
Warga Emas Hilang 6 Hari Ditemui Selamat, Bertahan Hanya Dengan Gula-Gula Dan Air Sungai. Sumber gambar: The Borneo Post

Bertahan hanya dengan air sungai dan gula-gula

Sepanjang tempoh hilang, Kamoi berjaya bertahan dengan hanya meminum air dari Sungai Roban dan makan gula-gula yang dibawanya.

Dia sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari Rumah Luang Empaong untuk ke pasar Roban, tetapi gagal pulang ke rumah seperti biasa.

Warga Emas Hilang 6 Hari Ditemui Selamat, Bertahan Hanya Dengan Gula-Gula Dan Air Sungai
Sumber gambar: Utusan Borneo

Bimbang dengan keadaannya, keluarganya membuat laporan kehilangan keesokan harinya memandangkan Kamoi juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan jantung.

Syukur, dia akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Sama-sama kita doakan Kamoi agar cepat sembuh!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+
Berita Baik, Kerajaan Sarawak Rancang Bina 20,000 Unit Rumah Mampu Milik
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+
Next Article Hormati Bulan Ramadan, Peniaga Bazaar Dinasihat Tidak Beroperasi Terlalu Awal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?