• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi

Oleh
Husna Hazmi
4 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Percutian tenang dengan alam semula jadi di Libiki Bamboo Resort, Sarawak

Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi. Libiki Bamboo Resort di Bau, Sarawak, menawarkan pengalaman percutian yang unik dan tenang, sesuai bagi pencinta alam semula jadi dan mereka yang mencari suasana yang damai. Resort ini terkenal dengan chalet-chalet bambunya yang terletak di tengah-tengah taman yang indah terjaga, memberikan suasana seperti berada di sebuah kediaman peribadi. Ini menjadikannya destinasi yang sempurna untuk keluarga dan rakan-rakan.

Dikelilingi flora dan fauna yang memukau, Libiki Bamboo Resort merupakan salah satu destinasi percutian Hutan Hujan Tropika Borneo yang amat menarik dan juga unik. Libiki Bamboo Resort ini sememangnya sesuai dijadikan destinasi percutian santai.

Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi. Kredit gambar: Irene Bong

Apa yang uniknya di resort ini adalah

Apa yang uniknya di resort ini adalah rumah penginapan di sini dibina menggunakan kayu buluh dan reka bentuknya pula berkonsepkan rumah kampung pada zaman dahulu. Masuk sahaja di Libiki Bamboo resort ini, anda akan berasa seperti berada di era yang berbeza.

Resort ini manawarkan makanan halal termasuk hidangan seperti ayam pansuh, asam pedas ikan, dan telur goreng sambal, sayur rebung tumis dan banyak lagi. Ciri menarik resort ini adalah sistem Tagang, sebuah kaedah tradisional untuk pemeliharaan kehidupan akuatik, membolehkan tetamu mengamati ikan dalam air yang jernih dan terlindung.

Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi. Kredit gambar: libikibambooresort.com

Antara aktiviti menarik dan best yang anda boleh lakukan di sini adalah, BBQ, picnic atau berkelah bersama keluarga, aktiviti secara berkumpulan (teambuilding), mandi manda di sungai mereka yang luas, aktiviti memanah dan juga aktiviti lasak seperti menunggang All Terain Vehicle (ATV ride).

Tidur lena sambil mendengar bunyi therapeutic alam semulajadi

Pada malam pula, anda boleh tidur lena sambil mendengar bunyi therapeutic alam semulajadi seperti aliran sungai, cengkerik mengilai dan anda juga boleh menikmati udara sejuk malam yang tiada pencemaran di sini.

Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi. Kredit gambar: Salmizar SalSafiyya

Anda juga tidak perlu risau kerana keperluan asas seperti tandas awam adalah disediakan. Libiki Bamboo Resort adalah gabungan pesona tradisional dan aktiviti pengembaraan, terletak dalam lingkungan alam semula jadi yang asli, menjadikannya destinasi yang wajib dikunjungi di Bau, Sarawak.

Maklumat penting

Lokasi: FL018, Bijuray Monggag, Jalan Krokong- Tringgus, 9400 Bau, Sarawak

Waktu operasi:

  • Isnin, Selasa, Rabu, Ahad: 7am-12am
  • Khamis, Jumaat, Sabtu: 6am-2am

Hubungi mereka: 011-2641 6009

Lagi tempat menarik yang anda boleh singgah untuk tenangkan fikiran:

Keindahan Langit Malam Di Borneo, Ketahui 4 Tempat Menarik Untuk Anda Nikmati Stargazing
Sesuai Untuk Relax Dan Chill, Ketahui 4 Hotspring Yang Popular Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 6 Port Beriani Lamb Shank Padu Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching Ini 6 Port Beriani Lamb Shank Padu Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching
Next Article Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?