• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket

Oleh
ILB - AI
9 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket

Boleh lah korang jimatkan kos penerbangan korang tu hehe

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket. Kini sekatan perjalanan dilonggarkan, ramai orang sudah mula travelling untuk memenuhi keinginan mereka untuk bercuti.

Jadi jika anda bercadang untuk membeli sendiri tiket penerbangan untuk pergi ke suatu tempat untuk bercuti atau bekerja, mungkin anda boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh akaun TikTok, @kembarasabah!

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket
Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket

1. Buat tinjauan tiket pada hari Selasa

Jika anda tidak tahu, kebanyakkan syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa. Hal ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan tahu ramai penumpang hanya akan menempah tiket pada hari minggu.

Berdasarkan statistik, kebanyakan penumpang akan meninjau dan membeli tiket mereka pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad). OIeh itu, hari Selasa adalah hari terbaik untuk meninjau dan membeli tiket penerbangan.

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket
Gambar sekadar hiasan

2. Guna mode incognito semasa meninjau tiket

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu, tetapi ada sebab kenapa tip ini selalu dikongsikan.

Penggunaan mode incognito sebenarnya membantu anda melayari web tanpa menggunakan cookies anda untuk memanipulasi harga berdasarkan sejarah carian anda.

Anda boleh buat eksperimen sendiri: jika anda meninjau tiket on normal mode, kadang-kadang harga tiket akan berbeza dan selalunya ia menjadi lebih mahal.

Namun, jika anda menggunakan mode incognito, anda akan mendapati bahawa harga tiket penerbangan menjadi lebih murah. Hal ini kerana laman web tersebut diberi tanggapan bahawa anda tidak pernah melawati laman web itu dan syarikat penerbangan tidak boleh memanipulasi harga penerbangan berbanding dengan mereka yang melawati laman web dalam mode biasa.

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket
Gambar sekadar hiasan.

3. Tahu bila masa sesuai beli tiket

Masa sesuai untuk membeli tiket domestik adalah 5 – 6 minggu sebelum penerbangan. Sementara itu, mereka yang ingin membeli tiket penerbangan antarabangsa boleh mula menempah tiket mereka 2 – 3 bulan sebelum penerbangan.

Oleh itu, apabila anda sudah tahu dengan tepat bila anda akan terbang, anda perlu mula meninjau dan membeli tiket penerbangan anda seawal mungkin.

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket
Gambar sekadar hiasan.

4. Harga murah untuk penerbangan domestik dan antarabangsa biasanya diberikan pada hari tertentu

Rupa-rupanya, terdapat juga hari tertentu untuk membeli tiket penerbangan balik!

Sekiranya anda mahu membeli tiket penerbangan balik, hari Selasa adalah hari sesuai untuk menempah tiket penerbangan balik domestik. Manakala hari Rabu adalah lebih sesuai untuk menempah tiket penerbangan balik antarabangsa!

Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket
Gambar sekadar hiasan.

Ketahui tips lain di sini:

Ini 5 Tips Berguna Untuk Anda Yang Ingin Berkhemah
Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah ‘Hack’ Mudah Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu
Next Article 3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?