• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?

Oleh
Ismail NA
9 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Sedikit pengetahuan am yang perlu anda ketahui

Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana? Kemangkatan Ratu Elizabeth II adalah satu berita yang menggemparkan seluruh dunia memandangkan baginda merupakan figura pemerintahan yang begitu ikonik. Sehingga 8 September 2022, beliau mengakhiri hayatnya pada usia 96 tahun dan berjaya mengemudi pemerintahan British selama 70 tahun. Ini menjadikan baginda sebagai raja/ratu kedua paling lama memerintah di dunia selepas King Louis XIV, Raja Perancis yang memerintah selama 72 tahun 110 hari.

Akan terdapat banyak perubahan yang akan berlaku di United Kingdom dan negara-negara sekutunya melalui pertubuhan Komanwel. Hal ini termasuklah kertas mata wang, uniform pasukan keselamatan dan tentera, passport, lagu kebangsaan dan banyak lagi. Dalam artikel kali ini, mari kita kenali serba sedikit tentang Komanwel dan negara yang berkait dengannya.

Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?
Kredit: The Royal Family

Apa itu sebenarnya Komanwel?

Komanwel atau istilah ‘Commonwealth‘ adalah sebuah pertubuhan sukarela negara-negara merdeka yang pernah menjadi tanah jajahan di bawah koloni British dan menjadi sebahagian daripada Empayar British suatu masa dahulu. Komanwel ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu pada tahun Ratu Elizabeth II dilahirkan. Pada waktu itu, pertubuhan ini diterajui oleh ayahandanya, Raja George VI.

Antara matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk mencapai kata sepakat dan bertindak secara bersama dalam pelbagai usaha seperti melindungi alam sekitar; menggalakkan perdagangan dan ekonomi; menyokong demokrasi, kerajaan dan ‘Rule of Law’; membangunkan masyarakat dan belia dalam aspek kesaksamaan gender, pendidikan, kesihatan dan sukan; dan menyokong negara kecil serta membantu mereka menghadapi cabaran untuk membangun sebagai sebuah negara.

Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?
Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?

Sukan Komanwel adalah salah satu daripada cara negara-negara ini mengeratkan hubungan dan mempertingkatkan kualiti sukan dalam kalangan negara anggota yang diadakan setiap 4 tahun.

Menerusi pertubuhan ini, terdapat 56 negara yang menganggotai pertubuhan Komanwel ini meliputi benua Afrika, Eropah, Asia dan Pasifik. Salah satunya adalah negara Malaysia. Setelah kemangkatan Raja George VI, jawatan ketua pertubuhan ini diambil alih oleh Ratu Elizabeth II. Namun, selepas kemangkatan Ratu, negara ahli Komanwel berhak memilih pengganti Ketua Pertubuhan dan tidak semestinya dalam kalangan Raja atau kerabat diraja British.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan yang ketara antara Kerajaan Komanwel dan Negara Komanwel.

Beza di antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel

Kerajaan Komanwel, Alam Komanwel atau termanya ‘Commonwealth Realms’ adalah satu istilah untuk negara-negara dalam pertubuhan Komanwel yang masih menjadikan Ratu Elizabeth II atau takhta tertinggi monarki British sebagai ketua negara mereka.

Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?

Antara negara yang masih menjadikan Ratu Elizabeth II atau takhta tertinggi British sebagai ketua negara mereka adalah seperti;

  1. United Kingdom
  2. Australia
  3. Bahamas
  4. Belize
  5. Kanada
  6. Grenada
  7. Jamaica
  8. New Zealand
  9. Papua New Guinea
  10. St. Christopher and Nevis
  11. St. Lucia
  12. Tuvalu

Ini berbeza dengan Negara Komanwel, di mana negara-negara ini memilih untuk merdeka daripada sebarang bentuk pemerintahan koloni British. Seiring dengan perkembangan waktu, kebanyakan di antaranya yang mengisytiharkan kemerdekaan sebagai negara Republik, negara demokrasi Raja Berperlembagaan serta monarki sultan sendiri.

Malaysia tergolong dalam kalangan Negara Komanwel.

Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?
Ratu Elizabeth II semasa mengunjungi Sarawak pada tahun 1972. Kredit kepada pemilik gambar.
Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?
Ratu Elizabeth II menyapa pelajar sekolah di Kuala Lumpur semasa lawatan untuk Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1989.

Negara Komanwel yang lain adalah seperti Bangladesh, Brunei Darussalam, India, Maldives, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Nigeria, Rwanda, Afrika Selatan, Trinidad and Tobago, Malta, Papua New Guinea dan negara selebihnya yang bukan dalam Alam Komanwel.

Walau bagaimanapun, negara-negara Komanwel ini bersetuju untuk mengiktiraf Ratu Elizabeth II atau sesiapa sahaja yang akan menjadi penggantinya sebagai Ketua Pertubuhan Komanwel.

Apa yang akan terjadi dengan negara-negara Alam Komanwel setelah kemangkatan Ratu Elizabeth II?

Disebabkan Ketua Komanwel kini boleh dipilih secara bebas, terdapat kemungkinan kebanyakan negara berkerajaan Komanwel ini akan memilih untuk menjadi sebuah negara Republik dan memilih ketua negaranya sendiri.

Meskipun pertubuhan ini pada asasnya berdasarkan kepada negara yang memiliki sejarah dengan pemerintahan British, namun kini mana-mana di seluruh dunia yang tidak memiliki ikatan dengan British juga dipelawa untuk menyertai Komanwel. Ahli terbaharu Komanwel adalah negara Gabon dan Togo pada tahun 2022.

Pencapaian Malaysia dalam Sukan Komanwel juga begitu membanggakan. Antaranya adalah seperti berikut:

https://www.iloveborneo.my/ini-kisah-sapok-biki-lelaki-sarawak-yang-menggemparkan-peninju-dunia-pada-sukan-komanwel-98/
Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia
SUMBER :thecommonwealth.orglivemint.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000
Next Article Isu PA 'Kekwat', Khairulaming Mohon Maaf Dan Buang Segala Kontak PA Dari Semua Akaun Media Sosial Isu PA ‘Kekwat’, Khairulaming Mohon Maaf Dan Buang Segala Kontak PA Dari Semua Akaun Media Sosial

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?