• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan

Oleh
Ismail NA
4 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa syarat ini tidak lagi dapat dipenuhi kerana keadaan kewangan negara yang tidak mengizinkan.

40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Susulan daripada pelanggaran syarat perjanjian MA63, 12 wakil Pakatan Harapan di Sabah telah bertindak menyaman kerajaan Sabah dan kerajaan persekutuan Malaysia kerana tidak menghormati syarat tersebut.

Isi Isi Penting
  • Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa syarat ini tidak lagi dapat dipenuhi kerana keadaan kewangan negara yang tidak mengizinkan.
  • Geran khas tahunan Sabah dinaikkan sebagai alternatif kepada pemberhentian syarat tersebut
  • Jelas mencabuli dan melanggar perjanjian MA63
  • Lihat juga kepayahan rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di pedalaman meskipun kita kini sudah berada di tahun 2022:

12 wakil rakyat PH yang terlibat dalam tuntutan tersebut adalah Christina Liew (MP Tawau dan ADUN Api-Api), Peto Galim (ADUN Inanam), Ewon Benedict (ADUN Kadamaian), Frankie Poon (ADUN Tanjung Papat), Jannie Lasimbang (ADUN Kepayan), Phoong Jin Zhe (ADUN Luyang), Tan Lee Fatt (ADUN Likas), Awang Husaini (MP Putatan), Chan Foong Hin (MP Kota Kinabalu), Vivian Wong (MP Sandakan), Noorita Sual (MP Tenom), dan Madius Tangau (MP Tuaran).

40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan
40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan. 12 ahli PH yang mengemukakan saman

Kesemua mereka, yang terdiri daripada ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri Sabah mempersoalkan sama ada deklarasi yang memperuntukkan 40% daripada hasil negara disumbangkan kepada Sabah masih dihormati dan diguna pakai oleh kedua-dua kerajaan.

Geran tersebut telah termaktub dalam Artikel 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV dalam Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Geran khas tahunan Sabah dinaikkan sebagai alternatif kepada pemberhentian syarat tersebut

Pada Mac lalu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu bahawa perkongsian pendapatan negara sebanyak 40% kepada Parlimen Sabah tidak lagi dapat dilaksanakan kerana kerajaan persekutuan tidak lagi mampu berbuat demikian.

40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sebagai alternatif, kerajaan persekutuan menaikkan geran khas tahunan kepada Sabah daripada RM 26.7 juta kepada RM 125.6 juta tahun ini.

Geran tersebut dilaporkan telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan kerajaan Sabah berdasarkan semakan semula Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan pada 14 Februari tahun ini.

Jelas mencabuli dan melanggar perjanjian MA63

Susulan daripada situasi ini, 12 ahli PH yang memfailkan saman terhadap kedua-dua kerajaan ini berpendapat bahawa tindakan ini jelas mencabuli dan melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tegas mereka menerusi sebuah kenyataan, Sabah telah bersetuju untuk bergabung di dalam Malaysia berdasarkan keistimewaan yang tidak tersedia untuk 11 negeri yang lain dalam Persekutuan Tanah Melayu.

40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan
Kota Kinabalu, Sabah

Kedudukan istimewa ini juga adalah disebabkan banyak faktor dan salah satu daripadanya adalah keadaan Sabah yang masih belum membangun pada ketika itu.

Kita tidak lagi boleh memandang sebelah mata penindasan hak perlembagaan rakyat Sabah yang berlaku secara berterusan ini. Setelah 59 tahun penubuhan Malaysia pun, Sabah masih tergolong dalam 10 negeri termiskin di Malaysia berdasarkan laporan Pelan Malaysia ke-12 (2021-2025).

Laporan pada tahun 2019 pula menunjukkan bahawa peratusan miskin tegar di Sabah adalah sebanyak 19.5% manakala 9% di Sarawak, yang mana kedua-duanya adalah di atas paras purata miskin tegar kebangsaan 5.6%,”

12 ahli PH yang mengemukakan saman

Ujar mereka lanjut, sekiranya hak ini dihormati dan dilaksanakan dengan jujur dan cekap, setiap rakyat Sabah pastinya mempunyai kehidupan yang lebih baik, sama ada dari segi ekonomi mahupun sosial.

40% Hasil Sabah Dihentikan, Wakil PH Saman Sabah dan Kerajaan Persekutuan
Komuniti Bajau Laut di Sabah.

Mereka juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk isu pelanggaran hak perlembagaan persekutuan ini dibawa ke muka pengadilan untuk diselesaikan dengan adil dan saksama.

Menerusi Seksyen 2(1) Bahagian IV dalam Jadual Kesepuluh, Sabah berhak untuk mendapat geran tahunan sebanyak 2/5 daripada jumlah pendapatan keseluruhan Malaysia yang diperolehi daripada Sabah.

Lihat juga kepayahan rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di pedalaman meskipun kita kini sudah berada di tahun 2022:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dianggap Kasar, Netizen Kecam Penggunaan Kata 'Majoh' Dalam Iklan Hotel Di Kuching Dianggap Kasar, Netizen Kecam Penggunaan Kata ‘Majoh’ Dalam Iklan Hotel Di Kuching
Next Article 'Sudahla Barang Mahal, Mahu GST Pula', Netizen Bengang Kerajaan Mula Pertimbang Kembalikan GST ‘Sudahla Barang Mahal, Mahu GST Pula’, Netizen Bengang Kerajaan Mula Pertimbang Kembalikan GST

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?