I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Notification Show More
Latest News
BeFunky collage 90 Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
21 Mei 2022
Dijamin Sedap Dan Berbaloi Ini Adalah 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Di Kuching Dijamin Sedap Dan Berbaloi! Ini Adalah 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Di Kuching
Dijamin Sedap Dan Berbaloi! Ini Adalah 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Di Kuching
21 Mei 2022
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
20 Mei 2022
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
20 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 13/04/20 4:21 AM
Kongsi
6 Min Bacaan
Digital Wallet Malaysia Featured Image 3 1440x564 c 1 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kongsi
5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kredit : Fintech News Malaysia

Dengan Aplikasi Ini, Anda Dah Tidak Perlu Gelabah Nak Cari ATM Lagi

5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak. Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda nak berbelanja tapi dalam pada masa yang sama malas nak keluarkan duit dari ATM? Atau risau nak pergi jauh-jauh semata hendak membayar bil-bil utiliti? Jangan risau, kami pun merasakan perkara yang sama. Namun semua itu menjadi mudah apabila aplikasi e-wallet muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Aplikasi e-wallet merupakan sebuah aplikasi dompet secara maya di mana anda perlu top-up sejumlah wang ke dalam nya untuk digunakan semasa melakukan apa-apa transaksi pembayaran di kaunter. Malah, sebenarnya anda boleh mengganggapnya seperti dompet sebenar kerana fungsinya yang pelbagai dan fleksibel untuk kegunaan aktiviti seharian. Contohnya seperti pembelian online, pembayaran bil-bil utiliti, pembayaran pengangkutan awam dan macam-macam lagi lah!

5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak

Teknologi cashless ini juga kini sedang trending di Sarawak. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan 5 aplikasi e-wallet yang boleh anda gunakan secara meluas di Sarawak. Senang cerita, pergi mana-mana, mesti boleh pakai punya!

1. Sarawak Pay

5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kredit : The Star

Sarawak Pay merupakan aplikasi e-wallet yang menyediakan perkhidmatan untuk pembayaran di kaunter kedai yang terpilih, pembayaran untuk perkhidmatan kerajaan Sarawak, top-up telco, dan pembayaran bil-bil utiliti. Contohnya seperti bil air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), bil elektrik SESCO Berhad termasuklah cukai di Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya.

maxresdefault 2 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak

Untuk pengetahuan anda, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai e-wallet tersendiri dalam usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi digital termasuklah gaya hidup tanpa tunai.

Berdasarkan hasil pemerhatian kami, hampir kebanyakan kedai termasuklah stall perniagaan kecil seperti gerai makan di Kuching menyediakan perkhidmatan Sarawak Pay. Sudah tentu ia memudahkan pelanggan terutamanya apabila kehabisan wang tunai.

2. Boost

scanpay 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak

Aplikasi Boost mula popular sekitar penghujung tahun 2016 apabila ia menawarkan kredit telco percuma kepada individu yang memuat turun aplikasi berkenaan pada waktu itu. Jika anda pernah memuat turun aplikasi ini pada suatu masa dahulu semata-mata untuk mendapatkan kredit telco percuma tanpa mengetahui fungsi sebenar, jangan risau. Anda tidak keseorangan.

Apa yang menarik tentang Boost ini ialah anda boleh memisahkan bil dengan rakan atau sesiapa sahaja sekiranya anda ingin ‘bayar asing-asing’. Selain itu, anda juga boleh membeli baucer dan mengirimkan kepada rakan sebagai e-hadiah. Antara feature lain yang menarik ialah cashback dan ganjaran lumayan selepas transaksi dibuat. Best kan?

Aplikasi yang disokong oleh Axiata ini boleh ditambah nilai menggunakan 17 pilihan bank seperti Maybank, CIMB, RHB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi.

3. FavePay

favepaymy lifestyleshot 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kredit : The Straits Times

Fave pada asalnya merupakan sebuah aplikasi yang menawarkan kod promo dan diskaun sekiranya anda membeli makanan, minuman mahu pun servis perkhidmatan seperti salun kecantikan dan sebagainya. Kewujudan FavePay pula melengkapkan aplikasi berkenaan di mana anda boleh terus membayar pesanan anda secara online setelah anda mendapatkan potongan harga daripada aplikasi berkenaan.

Aplikasi ini juga boleh digunakan secara langsung di kedai-kedai yang terlibat dengan mengimbas QR kod yang ada pada kaunter bayaran. Secara asasnya, konsep nya sama seperti e-wallet yang lain.

Untuk mengenal pasti sama ada kedai tersebut menyediakan perkhidmatan FavePay atau tidak, cari sahaja logo Fave berwarna merah jambu.

4. GrabPay

grabpay image 2.556875269 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kredit : ringgitplus.com

Jenama Grab ini sudah tidak asing lagi Sarawak. Dengan kemasukan Grab Car dan yang terbaharu, Grab Food, aplikasi GrabPay ini semestinya bakal menjadi suatu kepentingan buat pengguna tegar Grab.

Mana tidaknya, setiap pesanan Grab sama ada kereta mahupun penghantaran makanan dan minuman boleh dibayar terus menggunakan GrabPay. Anda tidak perlu lagi sibuk mencari wang tunai atau duit pecah untuk membayar Grab anda.

Ekosistem Grab ini juga sangat menarik kerana setiap transaksi yang dibuat akan diberikan mata ganjaran. Mata ganjaran yang terkumpul pula boleh digunakan untuk menebus baucer-baucer lumayan. Malah, mata ganjaran tersebut boleh ditukar menjadi diskaun untuk transaksi Grab Car atau Grab Food anda. Wow!

Sudahkah anda bersedia menjadi pengguna tegar Grab?

5. Touch N’ Go E-Wallet

5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kredit : Lowyat.net

Touch N’ Go E-Wallet merupakan e-wallet yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Jika anda berasal dari Semenanjung, Touch N’ Go ini sangat berguna sekiranya anda melalui jalan tol setiap hari. Walau pun aplikasi Touch N’ Go ini tidak begitu popular di Sarawak, namun ia nya sudah diterima di beberapa outlet seperti 7-Eleven, KK Mart dan Watsons.

Jika anda berkunjung ke Sarawak dan ingin menjimatkan data daripada memuat turun aplikasi e-wallet yang lain, boleh lah try guna Touch N’ Go E-Wallet ini.

Muat Turun Aplikasi E-Wallet Yang Paling Berbaloi. Pilihan Di Tangan Anda.

e wallet 1 1170x781 1 5 Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kredit : 2cents

Walau pun banyak pilihan aplikasi e-wallet yang terdapat di kedua-dua peranti (IOS dan Android), anda sebenarnya tidak perlu memuat turun kesemua aplikasi e-wallet tersebut. Pilih aplikasi yang memberi manfaat yang besar kepada anda dan gunakan e-wallet tersebut sebaik mungkin. Dengan itu, barulah anda akan rasa dunia ini sungguh mudah dan menyenangkan.

Oh ya! Awal 2020 katanya ada insentif RM30 percuma untuk pengguna aplikasi e-wallet daripada kerajaan. Macam-macam boleh beli dengan RM30. Kata orang, rezeki jangan ditolak.

Tak ada cash? Tak ada hal lah! E-wallet kan ada.

Nur Afifah 29 Disember 2019
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article menang lagi Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak 'Why Limit Yourself' Dapat Anugerah Lagi Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi
Next Article Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Cerita Borneo

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda

20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Cerita Borneo

Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

20 Mei 2022
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
Cerita Borneo

Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik

20 Mei 2022
BeFunky collage 57 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Cerita Borneo

4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak

20 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?