I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: 6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup

Oleh Nur Afifah 30 Jun 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Memang sangat insta-worthy sampai tak tahu nak upload yang mana satu!

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup. Sebut sahaja tentang bandaraya Miri, pasti anda akan teringat dengan langit nya yang indah. Lebih-lebih lagi pada waktu terbenam matahari. Memang sangat menakjubkan!

Kalau ada yang berhajat nak ke Bandaraya Miri, jangan lupa singgah dulu kat 6 tempat insta-worthy ini untuk merakamkan gambar-gambar terbaik anda di bandaraya tersebut.

1. Miri Times Square

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG @roy.takes.pics
6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG the_last_7kings

Kalau anda mahukan gambar-gambar ala city street di China, jangan lupa singgah ke Miri Times Square. Bukan sahaja anda dapat bergambar berlatar belakangkan deretan tanglung merah dan bangunan kedai, tetapi juga anda boleh mengambil gambar di hadapan sebuah mural realistik.

Mural ini dihasilkan oleh seorang pelukis mural tempatan Sarawak yang bernama Leonard Siaw. Lihat sahaja betapa teliti dan kemas mural tulisan Miri tersebut. Kalau dijadikan latar belakang pun, pasti orang akan menyangka ia adalah belon huruf. Cantik sangat!

2. Pantai Tusan

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG mas_ezza_official
6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG mas_ezza_official
6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG mas_ezza_official
Kredit : IG suhamiahmad

Jika anda berkunjung ke Miri, anda mesti ke Pantai Tusan sekurang-kurang nya sekali seumur hidup anda.

Setibanya anda di sini, anda akan merasakan diri anda berada di pantai persis di luar negara. Dengan pemandangan tebing batu yang bercorak dan berwarna-warni pantai di Bekenu ini, tentu ia menjadi latar belakang yang berharga untuk sebuah gambar insta-worthy.

Walau pun mercu tanda Pantai Tusan iaitu struktur batu ‘The Drinking Horse’ telah runtuh awal tahun ini, tapi cenuram batu yang lain masih menjadi penyeri pantai ini untuk tatapan pengunjung.

3. Coco Cabana

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG bels_trails
6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG aszalatas

Coco Cabana pula merupakan salah satu port untuk pengunjung sama ada dari Miri mahu pun luar dari Miri menikmati pemandangan matahari terbenam. Malah, anda hanya perlu duduk sahaja di bangku sepanjang tebing Coco Cabana sambil lepak dan sembang santai bersama keluarga dan teman-teman anda.

Dari tebing tersebut juga, anda juga boleh melihat banyak pelantar minyak serta kapal yang belayar di pinggir lautan Miri.

Anda juga boleh bergambar di rumah panjang kayu jati Coco Cabana. Kalau angle cantik, pergh!

Nang confirm kacak!

4. Pantai Tanjong Lobang

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG arrrghao
Kredit : IG catherinejoannev

Walau pun Pantai Tanjong Lobang ini sedikit kurang popular daripada Pantai Tusan, tetapi berbekalkan ilmu fotografi menggunakan telefon pintar anda, ia pasti menjadi gambar yang indah dan insta-worthy.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, anda harus cuba untuk melawat ke pantai ini sambil berjalan di pesisir pantai.

Jika anda mahukan gambar yang cantik, berdiri menghadap pantai di atas jambatan pantai Tanjong Lobang ini dan tangkap gambar kenangan anda berlatarkan pemandangan matahari terbenam.

5. Container City

Kredit : IG borneogramm
Kredit : IG @bagt_2018

Ini pula port makan yang bukan kaleng-kaleng. Container City yang terletak betul-betul di tengah Bandaraya Miri ini sesuai menjadi lokasi insta-worthy dari setiap sudut.

Bermula dari pintu masuk, dekorasi kedai kontena, hiasan atas dan mural Superhero yang menghiasi dinding, pasti kamera anda tidak akan lekang dari tangkapan gambar untuk anda muat naik di insta. Selepas itu, nikmatilah pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak. Daripada makanan laut hinggalah ke makanan Korea, semuanya ada di sini!

Suasananya juga terang jadi anda tidak perlu risau akan pencahayaan yang suram. There you go!

6. Bukit Kanada

6 Tempat Insta-Worthy Di Miri Yang Anda Harus Kunjungi Sekali Seumur Hidup
Kredit : IG suhamiahmad
Kredit : IG nurhafizahmaffar

Dari atas Bukit Kanada ini, anda boleh melihat pemandangan seluruh Bandaraya Miri.

Bagi mereka yang gemarkan sedikit cabaran, anda boleh menaiki trail untuk naik ke atas bukit ini. Kemudian, rakamkan gambar bertemankan lalang yang hijau di sepanjang perjalanan. Nampak lah anda seorang yang pencinta kehijauan, kan?

Bukit Kanada ini juga sering menjadi lokasi untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging dan berjalan kaki. Jadi, jangan lupa masukkan Bukit Kanada ini dalam wishlist anda, okay?

Itulah 6 tempat insta-worthy yang ada di Bandaraya Miri yang mesti anda kunjungi. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan?

Mari kita sama-sama ‘travel domestic’!

Baca lagi artikel menarik tentang Bandaraya Miri di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu Ini Adalah 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu
Next Article SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan - 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan – 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?