fbpx
Tempat Menarik

Wireless Walk, Port Santai Dan Busking Terbaru Meriahkan Suasana Malam di Miri

Dah Nama Pun Wireless, Mestilah Ada Wi-Fi Percuma!

Wireless Walk, Port Santai Dan Busking Terbaru Meriahkan Suasana Malam di Miri. Memang tidak dapat dinafikan, suasana malam di Miri sangat ceria dan terang benderang. Apatah lagi dengan kewujudan tarikan serta tempat makan yang unik di sana. Terbaharu, sebuah port lepak santai dan busking yang dinamakan sebagai Wireless Walk bakal menambahkan lagi keceriaan Bandaraya Miri terutamanya pada waktu malam.

Wireless Walk ini pada asalnya merupakan sebuah laluan yang menempatkan peniaga kecil-kecilan berdekatan Jalan North Yu Seng, Miri. Lokasinya strategik kerana terletak di jalan yang paling sibuk di Bandaraya Miri dan dikelilingi dengan pelbagai jenis hotel, inap desa, tempat makan dan pusat hiburan. Kini, ia dinaiktaraf daripada laluan tidak berbumbung menjadi sebuah laluan yang lebih cantik dan kontemporari. Lihatlah konsep Wireless Walk ini. Ini barulah gaya lepak tepi jalan yang standard. Siap ada kedai kopi!

Wireless Walk, Port Santai Dan Busking Terbaru Meriahkan Suasana Malam di Miri
Wireless Walk, Port Santai Dan Busking Terbaru Meriahkan Suasana Malam di Miri. Kredit : FB Wireless Miri Sarawak
Suasana Wireless Walk sebelum dinaiktaraf. Kredit : FB Wireless Miri Sarawak

Laluan 500 Meter Yang Ada Lot Food Truck Dan Tempat Busking

Laluan sepanjang 500 meter ini turut menempatkan 62 kiosk makanan yang merangkumi pelbagai jenis termasuklah makanan tempatan, makanan tradisional serta hidangan barat. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati jualan foodtruck di kawasan khas. Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas awam. Paling best, para pelancong dan pengunjung Wireless Walk ini juga boleh menikmati kemudahan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Kelass!

Suasana santai anda di sini juga bakal dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan buskers tempatan. Jika anda mahukan tanda kenang-kenangan dari Miri, apa kata anda singgah ke Zon C Wireless Walk ini untuk membeli sedikit cenderamata.

Souvenir

Come and have a look our souvenir located at zon c wireless walk

Posted by Wireless Walk Miri 2020 on Wednesday, February 19, 2020

Untuk pengetahuan anda, nama Wireless Walk ini diambil sempena nama sebuah perkampungan di Miri iaitu Kampung Wireless. Kampung ini merupakan perkampungan yang tertua di Miri dan dinamakan sempena sebuah menara telekomunikasi Jabatan Pos dan Telegraph yang dibina di tengah-tengah kampung ini oleh kerajaan British sekitar tahun 50-an.

Tak perlu pergi jauh-jauh, Wireless Walk ini memang betul-betul kat pusat bandar. Nak lepak sampai pagi pun on saja!

Lokasi : Jalan North Yu Seng, 98000 Miri, Sarawak

Apa lagi yang gempak di Miri? Baca artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button