• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
3 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen

Anak Muda Kapit Ramles Walter Hidupkan Semangat Gawai Menerusi Lagu Baharu

Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen. Bulan Mei membawa kegembiraan istimewa buat masyarakat Borneo. Menjelang sambutan Pesta Gawai pada 1 dan 2 Jun 2024, orang ramai sibuk membuat persediaan untuk meraikannya.

Suasana meriah dapat dirasai di serata kampung lagi-lagi dengan kemeriahan sanak saudara berkumpul di rumah panjang.

Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen

Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen

Menyemarakkan lagi kemeriahan, artis Iban, Ramles Walter mengeluarkan lagu Gawai pada tahun ini berkolaborasi dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis.

Dilancarkan pada 3 Mei 2024 (hari ini), lagu ini menampilkan rentak muzik yang ceria berdasarkan teaser yang telah dimuatnaik dua hari lepas, bakal menyemarakkan lagi sambutan Gawai pada tahun ini.

Ramles Walter, anak muda berbakat dari Kapit, mempunyai vokal yang merdu mengasyikkan. Memulakan kariernya dalam industri muzik pada 2019, setiap lagunya mencuri perhatian bukan sahaja peminat muzik tempatan, malah turut mencuit hati pendengar di peringkat global.

Antara lagu beliau yang popular ‘Aram Begawai’ ini telah mencapai hingga 10 juta tontonan di Youtube.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan tahun kedua Ramles Walter telah berkolaborasi dengan Maxis. Sebelum ini, beliau telah mengeluarkan lagu bertajuk ‘Richah Gawai’ sempena penutup musim menuai padi. Ia menampilkan adat, permainan tradisi dan cara hidup masyarakat Iban.

Tak sabar pulak rasanya nak dengar lagu terbaru beliau yang bakal dilancarkan pada 8 malam ini!

Nak tahu acara apa juga yang menarik pada bulan ini? Lihat pautan di bawah:

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sarawak

Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semua Penerbangan Di Sarawak Kembali Beroperasi Selepas Letusan Gunung Berapi Semua Penerbangan Di Sarawak Kembali Beroperasi Selepas Letusan Gunung Berapi
Next Article Dikurung Dalam Sebuah Banglo, 16 Rakyat Sarawak Diselamatkan Job Scam Di Peru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?