• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri

Oleh
Ismail NA
16 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ramai yang tidak menjangka akan menghadapi gangguan tersebut hari ini.

Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri. Akibat gangguan bekalan air secara mengejut di Miri bermula pagi tadi, ramai rakyat di sekitar di bandaraya itu mula berpusu-pusu ke pasaraya dan memborong air botol sebagai alternatif air.

Isi Isi Penting
  • Ramai yang tidak menjangka akan menghadapi gangguan tersebut hari ini.
  • Lelaki ini beri amaran bakal ada gangguan air lagi sehari sebelum kejadian
  • Air botol besar habis stok di pasaraya Miri
  • Gangguan kedua setelah 9 Jun yang lalu
  • Orang ramai boleh mendapatkan bantuan air di pusat kutipan yang disenaraikan
  • Kalau anda jenis yang adventure, mungkin ini masanya untuk anda mandi di air terjun ini. Info penuh di pautan berikut:

Ramai yang tidak menyangka akan berlaku gangguan bekalan air utama hari ini disebabkan kebocoran paip berdiameter 1,100 mm di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu (berdekatan PUSPAKOM). Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Laku Management Sdn. Bhd., kebocoran paip itu berlaku pada jam 2.30 pagi tadi.

Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri
Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri

Oleh yang demikian, gangguan bekalan air ini akan berlarutan sekurang-kurangnya satu hari setengah iaitu selama 36 jam bermula jam 5 pagi, 16 Jun 2022 (Khamis) sehingga 5 petang, 17 Jun 2022 (Jumaat). Hal ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaikpulih yang sedang dilaksanakan dalam tempoh masa tersebut.

Kebocoran paip itu menyebabkan gangguan air yang menjejaskan kehidupan penduduk di seluruh Bandaraya Miri kecuali beberapa kawasan yang disenaraikan dalam kenyataan rasmi berkenaan.

Lelaki ini beri amaran bakal ada gangguan air lagi sehari sebelum kejadian

Malah, sebelum berlaku kejadian kebocoran paip utama buat kali kedua itu, seorang netizen telah memberi amaran tentang ketiadaan air dalam masa terdekat akibat situasi ‘bom jangka’ paip tersebut yang sememangnya menampakkan tanda-tanda kebocoran semula.

Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri
Sumber: FB Hafizi Japar

Air botol besar habis stok di pasaraya Miri

Susulan situasi ini, pemilik pasaraya memberitahu kepada pemberita tempatan bahawa penduduk berpusu-pusu memborong air botol bersaiz besar menyebabkan bekalan air botol laris dan kehabisan stok sebaik sahaja perniagaan dibuka pagi tadi.

Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri
Suasana pembelian panik di Miri. Kredit: The Borneo Post

Posted by EL Antu Cheez on Wednesday, June 15, 2022

Walau bagaimanapun, pasaraya memberi jaminan bahawa bekalan baharu akan sampai tengah hari ini. Namun, tidak dapat dipastikan seberapa lamakah bekalan ini akan bertahan memandangkan semua penduduk kini berada dalam mod pembelian panik akibat gangguan ini.

Gangguan kedua setelah 9 Jun yang lalu

Pada 9 Jun yang lalu, penduduk Bandaraya Miri turut mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa menanggung ‘derita’ ketiadaan air selama lebih kurang 20 jam sebelum bekalan kembali pulih.

Dalam masa yang sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin telah memohon Pejabat Residen Miri untuk bekerjasama dengan Laku Management Sdn Bhd bagi menyalurkan bantuan tanker catuan air ke kawasan yang terjejas.

Orang ramai boleh mendapatkan bantuan air di pusat kutipan yang disenaraikan

Pusat kutipan tanker air adalah di Loji Lambir, Miri Central Bypass, Permyjaya Commercial Centre (di hadapan Permymall), Desa Pujut 2 di Permyyjaya, dan Senadin/Lutong.

Anda boleh merujuk senarai lengkap seperti berikut:

Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri
Bahana Gangguan Bekalan Air, Netizen Panik Borong Air Botol Sampai Lesap Di Miri

Semoga dipermudahkan urusan air penduduk di Miri. Itulah, kalau diberi pilihan, lagi rela tak ada elektrik daripada tak ada air ni. Serba serbi susah dibuatnya.

Kalau anda jenis yang adventure, mungkin ini masanya untuk anda mandi di air terjun ini. Info penuh di pautan berikut:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terlajak Masuk Gear, Kereta Ini Nyaris Langgar Pintu Ketibaan Airport Kuching
Next Article Mi Tarik Halal Di Kuching! Jom Nikmati Menu Menarik Di Iwan Lamian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?