• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi Perempuan Seperti Baru Dilahirkan Ditemui Di Tengah Jalan Di Keningau, Sabah

Oleh
ILB - AI
27 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bayi yang cukup sifat ada di tengah jalan ditemui jam 1 pagi di Keningau

Bayi Perempuan Seperti Baru Dilahirkan Ditemui Di Tengah Jalan Di Keningau, Sabah. Kalau tengok sesuatu di tengah jalanraya sudah pasti kita tidak pernah terlintas bahawa itu adalah seorang bayi kecil bukan? Tapi hal ini benar-benar terjadi di sebuah jalan di kawasan Kampung Korikot, Tambunan, Sabah.

Bayi yang cukup sifat tersebut telah ditemui oleh seorang individu yang berusia 40-an dan dikenali sebagai Cikgu Ken yang telah dikongsi oleh sebuah akaun Twitter @jnmalaysia. Individu ini agak terkejut dengan penemuan beliau semasa beliau dalam perjalanan pulang ke kediaman di Keningau. Kejadian ini berlaku sekitar jam 1.05 pagi.

Bayi Perempuan Seperti Baru Dilahirkan Ditemui Di Tengah Jalan Di Keningau, Sabah
Bayi Perempuan Seperti Baru Dilahirkan Ditemui Di Tengah Jalan Di Keningau, Sabah. Sumber gambar: Twitter @jnmalaysia

Bayi perempuan seperti baru dilahirkan, hanya berbalut kain putih ketika diselamatkan

Bayi yang kelihatan seperti baru dilahirkan ini telah ditemui dengan keadaan hanya berbalut kain putih bercorak bunga. Setelah berhenti dan menyelamatkan bayi tersebut, individu ini dengan pantas bertindak untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim, pihak mereka telah menerima laporan mengenai perkara ini pada pukul 2.38 pagi. Melalui siasatan awal, mereka mendapati bayi perempuan yang ditemui oleh orang awam itu telah dibawa masuk ke dalam kereta individu yang menyelamatkannya sebelum melaporkan dan menyerahkan bayi tersebut kepada pihak polis.

Bayi Perempuan Seperti Baru Dilahirkan Ditemui Di Tengah Jalan Di Keningau, Sabah. Sumber gambar: Twitter @jnmalaysia

Bayi yang telah berjaya diselamatkan ini telah dirawat di Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Bahkan menurut beliau, keadaan bayi perempuan tersebut disahkan stabil oleh pihak hospital.

Sumber gambar: MEDICAL.MY

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan beliau juga berharap supaya orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini agar segera mengubungi pegawai penyiasat.

Semoga bayi tersebut semakin sihat dan dijaga oleh pihak yang sepatutnya. Untuk pelaku, harap dapat menyerah diri kepada pihak polis dan bertangungjawab keatas tindakan yang telah dilakukan.

Di Malaysia ini, banyak juga insiden yang berlaku yang melibatkan bayi. Baca artikel dibawah untuk membaca kisah selanjutnya:

Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Dibalut Bersama Batu Dalam Beg, Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Tawau
SUMBER :Twitter @jnmalaysiaMEDICAL.MY
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Beberapa Tempat Di Sarawak Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Beberapa Tempat Di Sarawak
Next Article Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?