• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Guru Besar Di Kuching Dipenjara 3 Tahun, Kantoi Serah Projek RMT Kepada Isteri Sendiri

Oleh
ILB - AI
28 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Didapati bersalah menyerahkan kerja pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada isterinya

Bekas Guru Besar Di Kuching Dipenjara 3 Tahun, Kantoi Serah Projek RMT Kepada Isteri Sendiri. Di Mahkamah Kuching, seorang bekas guru besar dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM430,950 atas tuduhan menyeleweng.

Ismail Idris, 61 tahun bekas guru besar SK Tan Sri Dr Sulaiman Daud didapati bersalah menyerahkan kerja pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada isterinya pada tahun 2016.

Bekas Guru Besar Di Kuching Dipenjara 3 Tahun, Kantoi Serah Projek RMT Kepada Isteri Sendiri
Bekas Guru Besar Di Kuching Dipenjara 3 Tahun, Kantoi Serah Projek RMT Kepada Isteri Sendiri | Kredit Gambar : Buletin TV3

Ismail Idris didakwa melakukan melakukan kesalahan rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Walau bagaimanapun, tertuduh dibernarkan membuat rayuan.

Mengikut kronologi kes pada 20.6.2016, satu pelantikan Jawatankuasa Sebutharga Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Tan Sri Dr Sulaiman Daud (SK Gita No 2) telah dibuat oleh tertuduh (Ismail Bin Idris) bagi melantik pembekal RMT untuk tempoh Julai 2016 hingga November 2016. 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemutus diadakan pada 24 Jun 2016 di pejabat Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuching.

Hasil mesyuarat, semua Ahli Jawatankuasa Pemutus yang dilantik memilih Mazuri Katering sebagai pembekal RMT yang baharu mulai 1 Julai 2016 hingga 25 November 2016.

Sebelum pemilihan Mazuri Katering sebagai pembekal RMT yang baharu, pada pertengahan Jun 2016, tertuduh menghubungi pemilik Mazuri Katering yang dikenali sebagai Jimmy dan Sharifah Mazuri sebelum berjumpa dengan Sharifah Mazuri untuk berbincang bagi mengambil alih pembekalan RMT supaya dilaksanakan oleh syarikat isteri beliau.

Tertuduh menawarkan lima peratus keuntungan kepada Mazuri Katering dan Jimmy serta Sharifah Mazuri terpaksa akur kerana tender kantin bergantung kepada tertuduh.

Baca juga berita semasa berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Doktor Ini Jelaskan Mengapa Pesakit Dibenar Discaj Walaupun Masih Positif Selepas 14 Hari Dirawat
Next Article Starbucks Kembali Buat Promosi Beli 1 Percuma Satu Sehingga 16 Jun 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?