fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dua Pesakit Terakhir Covid-19 Di Hospital Miri Akhirnya Dibenarkan Pulang

Kedung BK Oleh Kedung BK
28 Mei 2020
Dua Pesakit Terakhir Covid-19 Di Hospital Miri Akhirnya Dibenarkan Pulang
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Disahkan Oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri

Dua Pesakit Terakhir Covid-19 Di Hospital Miri Akhirnya Dibenarkan Pulang. Terkini, Menteri Bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin mengesahkan dua pesakit terakhir Covid-19 di Hospital Miri telah discaj dan dibenarkan pulang.

Dua Pesakit Terakhir Covid-19 Di Hospital Miri Akhirnya Dibenarkan Pulang
Dua Pesakit Terakhir Covid-19 Di Hospital Miri Akhirnya Dibenarkan Pulang

Nasihat Untuk Terus Berwaspada

Menurut beliau, khabar bagus tersebut disampaikan ketika mesyuarat pagi JPMM Miri baru-baru ini. Beliau berkata,

ADVERTISEMENT

“Kami berasa gembira untuk kedua-dua pesakit ini yang telah sembuh dan kami ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan dan kebahagiaan yang baik di sepanjang musim perayaan.”

Menteri Pengangkutan Sarawak itu juga berkata JPBB berterima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada semua para petugas barisan hadapan yang telah terlibat dengan penuh dedikasi, komitmen dan tekun dalam menangani cabaran Covid-19 yang merumitkan.

“Dalam menentang sebarang kemungkinan, kita berjaya menukar Miri ke status zon hijau sejak 9 Mei dan pada 27 Mei, dua pesakit Covid-19 yang terakhir dibenarkan pulang setelah pulih,” ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi JPBB Miri ingin meminta semua orang untuk terus berwaspada dan patuh pada prosedur pengendalian standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan berkata pertarungan menentang wabak ini belum lagi berakhir.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Sementara itu, masyarakat dinasihatkan untuk kekal fokus dan bersatu padu bagi memastikan kejayaan ini berterusan dalam membendung wabak ini.

Dua Pesakit Terakhir Covid-19 Di Hospital Miri Akhirnya Dibenarkan Pulang
Datuk Lee Kim Shin mengumumkan berita baik ini baru-baru ini. Kredit: Astro Awani

Lebih Lagi Tentang Miri Di Artikel Berikut:

ADVERTISEMENT
SUMBER : Utusan Borneo
Share5313Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy