I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama

Oleh Kedung BK 2 Ogos 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama

Takkanlah dari dulu sampai sekarang jalan tak dinaik taraf langsung?

Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Matang khususnya di Malihah, pastinya sudah biasa dengan kesesakan jalan raya yang berlaku setiap pagi setiap hari.

Kesesakan di jalan tersebut sangat teruk, sehinggakan ada yang membandingkannya dengan kesesakan Kota Samarahan, dengan ramai orang terpaksa meninggalkan rumah mereka seawal jam 4 pagi untuk mengelakkan kesesakan semata-mata untuk tiba di tempat kerja/sekolah tepat pada masanya.

Selepas berpuluh tahun berdepan isu yang sama setiap hari, warga Matang menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap kegagalan pembesaran jalan raya dan bagaimana ia memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka.

Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama

“Dari saya darjah 3 pada tahun 1997 sehingga sekarang, tahun 2022, jalan masih belum dinaik taraf,” – netizen

Seorang warga Matang berkongsi luahan hatinya mengenai perkara tersebut menerusi Facebook baru-baru ini.

Menurut Chris Adam, beliau telah menetap di Matang sejak tahun 1997 dan mengadu bahawa jalan itu tidak berubah sejak itu, walaupun kawasan tersebut sudah dibangunkan. Anda boleh baca luahan hatinya di bawah:

Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Chris Adam

Kepada yang berkenaan dan pihak berkuasa, tolong! Matang – kawasan pusat memandu Cangiran serta dari Malihah / dari Batu 8 Matang.

Dari saya darjah 3 pada tahun 1997, sehingga sekarang tahun 2022, jalan masih belum dinaik taraf. Sesakkan lalu lintas jalan ini boleh dibandingkan dengan jalan Samarahan. Jumpa dari Malihah / Batu 8, jumpa lampu isyarat. Depan ada 2 lane, itu pun 100m sahaja, lepas tu masuk 1 lane lagi. Rasa-rasanya 300m ke depan, temu lagi lampu isyarat, kemudian jalan 2 lane tapi itu pun tak sampai 100m!

Nak beratur ke lampu isyarat di depan (Matang Hilir) sudah berpadat, berpanjangan, lepas tu masuk satu lane lagi. Pergi sekolah dulu jalan jam 4:30AM, sampai ke sekolah pun kadang-kadang lambat juga.

Antara puncanya adalah:

Tiap tahun ada perumahan baru. Sekarang pun masih banyak lagi perumahan yang tengah disiapkan. Kalau rumah itu sudah dibeli orang, makin teruklah kesesakan jalan. Makin banyak perumahan, semestinya makin bertambah penduduk.

Ada pemandu memandu sehingga 40kmj/30kmj di atas jalan (mungkin mereka tidak tergesa-gesa, jadi mereka rileks sahaja)

Lori menggunakan jalan yang sama, kalau berat, tak dapat laju

Jalan 2 lane, masuk 1 lane, terpaksa bagi laluan dengan lane sebelah kiri

Cadangan:

Tambah lah jalan, sekurang-kurangnya kereta yang dipandu secara perlahan, mereka dapat menggunakan jalan sebelah kiri. Lori berat tak dapat laju, pakai lane sebelah kiri. Jalan itu kerap kemalangan sebab jalan tak rata, kalau ada kemalangan, sekurang-kurangnya dapat park di sebelah kiri.”

Chris Adam
Keadaan jalan pada waktu pagi. Difahamkan jalan ini akan kembali ke single lane di depan. Kredit foto: FB Chris Adam

“Projek paling lambat, 20 tahun pun tiada upgrade,” – netizen

Rata-rata warga Matang lain bersetuju dengan luahan hati Chris Adam, dengan ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap jalan tersebut.

Antaranya seperti:

Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Chris Adam
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Chris Adam
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Chris Adam
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Chris Adam
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Chris Adam
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Taman Malihah, Jalan Matang
Berpuluh Tahun Jalan Belum Dinaik Taraf, Warga Matang Berang Jalan Masih Sama
Kredit foto: FB Taman Malihah, Jalan Matang

Projek dikatakan bakal disambung lagi?

Baru-baru ini, YB Fazzrudin bin Haji Abdul Rahman, yang merupakan ADUN N6 Tupong, telah mengulas tentang isu ini menerusi Facebook rasmi beliau

Menurutnya, beliau kini menggesa kerajaan Sarawak segera menyambung semula projek jalan Matang yang tergendala sejak sekian lama.

Kredit foto: FB YB Fazzrudin

Pertama sekali, saya hendak mengucap terima kasih atas makluman dan komen-komen berkenaan isu pembesaran Jalan Matang yang terbengkalai. Saya faham ianya menimbul pelbagai kesulitan dan keselamatan pengguna jalan. Saya sedang sedaya-upaya berusaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk memulakan semula projek itu secepat mungkin.

Saya sekali lagi hendak berkongsi maklumat-maklumat secara ringkas. Seluruh Sarawak mempunyai banyak projek yang telah ditamatkan kontrak akibat gagal dibuat dengan baik (terlalu lambat, tiada aktiviti pembinaan dll.) Pelbagai alasan akan diberikan. Ada yang masuk akal dan ada yang tidak logik langsung. Tapi sekarang, apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Projek Jalan Matang adalah salah satu dari projek yang terjejas itu.

Apa yang saya buat adalah sentiasa berhubung dengan Kementerian Infrastruktur Sarawak dan JKR Sarawak untuk mendapat maklum balas status penyelesaian.

Proses penyelesaiannya lebih kurang seperti:

Tamatkan kontraktor sedia ada (sudah dibuat)

Buat penyelidikan tentang apa masalah sebelum ini dan apa lagi kerja yang perlu dibuat secara terperinci agar perkara yang tidak logik tidak berlaku lagi (sudah dibuat)

Mengenalpasti kontraktor yang berwibawa dan berbincang dengan mereka dengan betul kerana tidak mahu perkara ini berulang dan jika kontraktor dilantik, mereka mesti dengan segera membuat kerja (tanpa memberi alasan) (sudah dibuat)

Melantik kontraktor

Semua proses ini akan mengambil masa sedikit tetapi kemas kini yang terakhir adalah dalam proses pelantikan kontraktor. Mudah-mudahan dipermudahkan proses ini demi keselamatan dan keselesaan adik kakak pengguna jalan itu.”

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar penduduk Matang tidak lagi perlu menghadap kesesakan jalan setiap pagi dan petang. Dari tahun 1997 sehingga sekarang bukannya tempoh yang singkat ooo!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen
Next Article Para Asean Games Solo 2022, Atlet Sarawak Ini Berjaya Rangkul Pingat Emas 400M Gaya Bebas LelakiPara Asean Games Solo 2022, Atlet Sarawak Ini Berjaya Rangkul Pingat Emas 400M Gaya Bebas Lelaki Para Asean Games Solo 2022, Atlet Sarawak Ini Berjaya Rangkul Pingat Emas 400M Gaya Bebas Lelaki

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?