I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu

Nur Afifah 19 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Tumbina rupanya ada tempat trekking!

Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu. Ramai yang mengenali Taman Tumbina sebagai taman yang menempatkan haiwan seperti harimau dan sebagainya. Namun, tidak ramai yang mengenali Taman Tumbina ini sebagai sebuah kawasan trekking hutan yang santai dan boleh dijadikan sebagai ‘leisure hike’.

Jika anda berada di Bintulu, Bukit Taman Tumbina ini pastinya sesuatu yang ingin anda cuba untuk tawan.

Bukit Taman Tumbina ini mempunyai ketinggian 70 meter sahaja. Ianya tidak begitu tinggi, jadi sesuai untuk pemula atau individu yang mahu mencuba aktiviti jungle trekking sebagai salah satu senaman mingguan bagi mengekalkan tahap kecergasan badan.

Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu. Kredit : FB Loh Kin Cheong

3 trail dengan jarak yang berbeza

Untuk ke puncak Bukit Tumbina ini, anda boleh memilih untuk mengharungi 3 trail yang berbeza. Trail merah adalah trail yang paling panjang dengan jarak sekitar 2733 meter manakala trail biru adalah trail sederhana dengan jarak 2497 meter. Bagi mereka yang mahukan perjalanan yang betul-betul santai, anda boleh memilih untuk menggunakan trail yang paling pendek iaitu trail hijau dengan jarak hanya 1936 meter sahaja.

Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu

Di sepanjang perjalanan, anda akan menemui sebatang sungai batuan dengan air yang mengalir jernih. Apabila musim hujan, jalan ke dalam trail Bukit Taman Tumbina ini agak basah. Jadi, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian serta kasut yang sesuai.

Terdapat beberapa bahagian jalan yang mana anda perlu melalui trail bertali. Namun, trail ini tidak tinggi dan curam. Dengan bantuan rakan-rakan dan keberanian anda, liku-liku ini boleh dianggap ‘kacang’ saja. Lagi pula, trail di Bukit Taman Tumbina ini mempunyai banyak tempat untuk berehat dan mengambil nafas. Hehe.

Boleh tembus ke Pantai Tanjung Batu, Bintulu

Menurut seorang pengguna Facebook, Mazlan Bin Mosdaram, beliau melalui trail di dalam bukit dengan jarak 1.5 km. Kemudian, perjalanannya trekking nya juga sempat menyusur ke pagar BDA dan Zoo Bintulu dengan jarak 1 kilometer. Jika anda meneruskan perjalanan trekking dari kawasan trail, anda juga boleh sampai ke Pantai Tanjung Batu dengan jarak 2.5 km. Dari Pantai Tanjung Batu ke tempat parkir asal pula hanya memerlukan perjalanan sejauh hampir 1.6 km. Kesemua perjalanan ini adalah satu pusingan lengkap trekking di Bukit Taman Tumbina, Bintulu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naiknya ke dalam Facebook, Mazlan dan rakan-rakannya hanya mengambil masa selama 1 jam 42 minit untuk melengkapkan satu pusingan penuh dari tapak permulaan Bukit Taman Tumbina, melalui Pantai Tanjung Batu dan kembali ke tapak permulaan (1 pusingan penuh) dengan jarak hanya 4.1 km! Not bad kan?

Lihat bagaimana pendaki lain merakamkan pengalaman mereka menaiki trail Bukit Taman Tumbina di Bintulu ini menerusi gambar dan video.

Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Kredit : FB Mazlan Bin Mosdaram
Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Kredit : FB Mazlan Bin Mosdaram
Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Kredit : Youtube Cygnosis Adventurers
Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Kredit : Youtube Cygnosis Adventurers
Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Kredit : FB Bang Sempull
Boleh Tembus Ke Pantai Tanjung Batu, Jom Jungle Trekking Santai Di Taman Bukit Tumbina, Bintulu
Kredit : FB Bang Sempull

Anda juga boleh mendapatkan gambaran jelas bagaimana pendakian ke Bukit Taman Tumbina ini menerusi video yang dikongsikan oleh Mazlan di Facebook serta saluran Cygnosis Adventurers di Youtube.

Posted by Mazlan Bin Mosdaram on Thursday, November 11, 2021

Macam best kan? Bah, kalau anda ada di Bintulu atau berkunjung ke Bintulu, bolehlah cuba mendaki santai ke Bukit Taman Tumbina ini!

Nak yang mencabar sikit, boleh cuba di sini :

Nur Afifah 19 November 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Rumah Sewa Di Song
Next Article Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Muzium Budaya Borneo Kini Tetapkan Bayaran Masuk Mulai 1 Ogos 2022
Aktiviti Menarik

Muzium Budaya Borneo Kini Tetapkan Bayaran Masuk Mulai 1 Ogos 2022

25 Julai 2022
Wajib Pergi! Ini Adalah 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah
Aktiviti Menarik

Wajib Pergi! Ini Adalah 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah

17 Julai 2022
Aktiviti Menarik

Pertama Kali Pergi Gig & Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat

17 Julai 2022
Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini
Aktiviti Menarik

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini

16 Julai 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?