Buah tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea microcarpa
Kaya Dengan Nutrisi, Ketahui Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak. Di Sarawak, buah tampoi sememangnya sangat popular dan sentiasa menjadi dambaan masyarakat Sarawak.

Beberapa nama lain yang diberi pada buah tampoi adalah seperti tampoi batang, tampui, larah, merkeh, ngeke dan juga tampoi bulan.
Ada yang mengatakan bahawa rasa buah tampoi ini seakan-akan rasa buah rambai iaitu ada rasa-rasa masam manis dan kelat sedikit.
Dikatakan mempunyai banyak khasiat dan nutrisi?
Namun begitu ada juga yang mengatakan rasanya akan menjadi manis apabila sudah matang. Walau apa jua rasanya samada masam manis atau manis seumpama gula sekalipun, buah tampoi ini tetap menjadi antara buah-buah pencuci mulut bagi masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa sejak dari dahulu lagi.

Buah tampoi yang biasa dipanggil tampui, kaya dengan khasiat dan vitamin. Buah yang agak jarang ditemui ini hidup di sekitar kawasan hutan tropika Borneo. Ternyata buah ini mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk tubuh.
Ini penjelasannya
Menurut beberapa kajian sedia ada, buah ini mempunyai kandungan antioksidan yang kuat.
Selain itu, buah yang sering dipanggil tampui ini juga mengandungi pecahan etil asetat yang berfungsi menghalang aktiviti antibakteria dan pertumbuhan E.coli dan S. aureus.
Kandungan nutrisi dalam buah ini antara lain vitamin C, lemak, karbohidrat, serat, dan kandungan air di dalamnya dapat mencapai sekitar 61 peratus. Selain itu, buah ini juga mengandungi sebatian kimia aktif, alkaloid, saponin, dan flavonoid.

Sebenarnya masyarakat terdahulu lebih mengenali buah ini untuk dijadikan ubat semula jadi bagi melancarkan haid, sakit perut, melancarkan kencing, dan sebagai rawatan sembelit.
Jadi, tidak hairanlah buah tampoi ini menjadi pilihan masyarakat di Sarawak sejak dahulu lagi. Bukan sahaja sedap dan enak, malah buah ini turut mempunyai seribu satu khasiat.