• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia

Oleh
Ismail NA
2 Ogos 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Bukti semangat kesukanan yang sebenar!

Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia. Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini menampilkan pelbagai kisah suka dan duka para atlet dari seluruh dunia. Kebanyakannya adalah kisah yang memberi inspirasi dan menghadirkan kegembiraan dalam kalangan penonton sukan. Salah satunya adalah kisah atlet acara lompat tinggi dari atlet Qatar dan atlet Itali ini.

Isi Isi Penting
  • Bukti semangat kesukanan yang sebenar!
  • “Boleh kami dapatkan 2 pingat emas?” – Atlet lompat tinggi Qatar, Mutaz Essa Barshim
  • Mutaz dan Gianmarco sahabat baik di luar gelanggang
  • Bukti sukan menyatukan manusia
  • Baca juga kisah inspirasi atlet Olimpik dari benua kita :

Dalam acara akhir olahraga lompat tinggi di Olimpik Tokyo malam tadi, atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim memujuk pegawai Olimpik untuk berkongsi pingat emas dengan atlet Itali, Gianmarco Tamberi setelah kedua-duanya mencatatkan rekod lompatan yang sama setelah kedua-duanya gagal untuk melepasi jarak lompatan yang lebih tinggi.

Mutaz dan Gianmarco, masing-masing telah berjaya mencapai jarak lompatan maksimum pada ketinggian 2.37 meter tanpa sebarang kesalahan namun tidak dapat melepasi jarak lompatan 2.39 meter. Setelah 3 kali gagal dalam lompatan berketinggian 2.39 meter itu, seorang pegawai Olimpik menghampiri Mutaz dan Gianmarco dan menawarkan mereka untuk melakukan lompatan sekali lagi bagi menentukan kedudukan pingat emas.

Fave moment of the Olympics so far. Barshim (Qatar) and Tamberi (Italy) were tied in the high-jump final. The official is there talking about a prospective jump-off, but Barshim asks immediately: "Can we have two golds?" One look, no words exchanged, they know they're sharing it. pic.twitter.com/E3SneYFocA

— Andrew Fidel Fernando (@afidelf) August 1, 2021

Sebaliknya, Mutaz sempat melihat wajah Gianmarco dan kedua-duanya seolah-olah memahami keputusan yang bakal diambil oleh Mutaz. Beliau kemudiannya meminta kepada pegawai Olimpik yang menawarkan lompatan penentuan itu untuk menamatkan persaingan di situ dan berkongsi pingat emas dengan Gianmarco.

“Boleh kami dapatkan 2 pingat emas?” – Atlet lompat tinggi Qatar, Mutaz Essa Barshim

Pegawai Olimpik tersebut serta merta mengiyakan permintaan Mutaz. Terpancar terus kegembiraan yang tidak terkata di wajah Gianmarco. Kedua-dua atlet tersebut kemudiannya berpegang tangan dan kemudian atlet Itali itu memeluk Mutaz. Momen manis dan mengharukan itu menyebabkan netizen di seluruh dunia tersentuh dengan semangat kesukanan yang dipamerkan kedua-dua atlet tersebut.

Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Sumber : Twitter
Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Kredit foto : Ian MacNicol/Getty Images

“Saya lihat wajah dia (Gianmarco), dia lihat wajah saya dan kami tahu. Kami cuma berpandangan antara satu sama lain, serta merta kami tahu. Itulah penghujungnya. Tidak perlu satu lagi lompatan,”

Mutaz Essa Barshim

Momen bersejarah ini tular di laman sosial Twitter sehingga mengundang reaksi sebak dan terharu daripada netizen di seluruh dunia.

Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Sumber : Twitter
Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Sumber : Twitter
Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Sumber : Twitter
Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Sumber : Twitter
Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Sumber : Twitter

Maka, untuk edisi kali ini, Mutaz dan Gianmarco masing-masing berkongsi pingat emas untuk acara lompat tinggi manakala atlet dari Belarus, Maksim Nedasekau merangkul pingat gangsa dengan catatan yang sama 2.37 meter.

Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Kredit foto : eurosport.com

Mutaz dan Gianmarco sahabat baik di luar gelanggang

Untuk pengetahuan anda, Mutaz dan Gianmarco merupakan rakan baik di luar dan di dalam trek olahraga. Situasi ini tentunya adalah sesuatu yang berharga terutamanya buat Gianmarco setelah melalui episod duka patah pergelangan kaki beberapa hari sebelum Olimpik Rio edisi 2016 yang lalu.

Apatah lagi, Gianmarco pernah diberitahu oleh doktornya menjelang Olimpik Rio 2016 bahawa beliau berkemungkinan tidak akan dapat meneruskan karier sukannya. Beliau kembali menyertai kejohanan olahraga lompat jauh pada tahun berikutnya di Paris namun tidak dapat mencapai rekod yang pernah dicapainya sebelum ini.

Ini membuatkan Gianmarco begitu kecewa dengan dirinya sendiri sehingga tidak mahu bercakap dengan atlet lain pada waktu itu walaupun mereka cuba untuk menenangkannya dan memujuknya. Namun, Mutaz adalah satu-satunya atlet yang tidak berputus asa untuk cuba berbicara dengannya sehingga beliau akhirnya terpaksa membenarkan Mutaz memujuknya.

Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Kredit foto : Spike

Gianmarco mengakui menangis di hadapan Mutaz namun Mutaz memberikan kata-kata semangat yang akhirnya menyedarkan Gianmarco tentang matlamatnya sebenarnya selepas kejayaan itu.

“Jangan terburu-buru. Kamu ada kecederaan parah, tetapi kamu sudah berjaya kembali ke Diamond League. Tiada siapa menyangka perkara itu. Tapi kamu perlu mengambil sedikit masa, jangan terlalu awal berharap sesuatu dari diri kamu. Kamu akan lihat apa yang akan berlaku nanti,”

Kata motivasi Barshim kepada Mutaz

Setelah itu, baru Gianmarco menyedari bahawa beliau harus melakukan perkara tersebut (sukan lompat tinggi) untuk dirinya sendiri dan bukannya untuk orang lain.

Bukti sukan menyatukan manusia

Persahabatan dan semangat kesukanan itu terus dibawa oleh dua rakan baik ini sehingga ke temasya Olimpik Tokyo dan mudah-mudahan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kisah ini ternyata menjadi inspirasi buat semua atlet yang bertanding di temasya sukan dan memberi teladan kepada netizen bahawa sukan menyatukan manusia tanpa mengira kaum dan agama.

Baca juga kisah inspirasi atlet Olimpik dari benua kita :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kit Ujian Kendiri COVID-19 Kini Boleh Dibeli Melalui MySejahtera Dan Farmasi Di Sarawak Kit Ujian Kendiri COVID-19 Kini Boleh Dibeli Melalui MySejahtera Dan Farmasi Di Sarawak
Next Article Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?