• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS

Oleh
Husna Hazmi
2 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pemilik premis mendakwa bahawa nama premisnya disalah letak di dalam kenyataan media JPBNS.

Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS. Dilaporkan bahawa, seorang pemilik bakeri di Miri pada hari ini telah membuat laporan polis terhadap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) kerana dia mendakwa premisnya disalah senaraikan sebagai lokasi positif Covid-19.

Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS
Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS

Terkejut apabila bakeri miliknya disenaraikan oleh JPBNS selama dua hari berturut-turut

Pemilik bakeri yang hanya ingin dikenali sebagai Puan Chin, mengatakan dia terkejut apabila bakeri miliknya disenaraikan oleh JPBNS selama dua hari berturut-turut.

“Menurut senarai yang dikeluarkan oleh JPBNS pada 30 dan 31 Julai lalu, telah dilaporkan bahawa terdapat kes positif, diantara jam 1.40 hingga 2.10 dan 1.40 tengah hari dan 1.55 tengah hari – keduanya pada tarikh yang sama iaitu pada 19 Julai 2021.

“Namun, ketika saya memeriksa video CCTV (kamera litar tertutup) di premis saya, tiada pelanggan yang memasuki kedai pada waktu dan tarikh tersebut seperti yang dinyatakan oleh JPBNS,” katanya.

Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS
LOKASI DAN MASA KES POSITIF DILAPORKAN (Data sehingga 30.07.2021 @ 3.00 Petang)
Salah Letak Nama Dalam Kenyataan Media, Sebuah Bakeri Di Miri Buat Laporan Polis Terhadap JBNS
LOKASI DAN MASA KES POSITIF DILAPORKAN (Data sehingga 31.07.2021 @ 3.00 Petang)

Meminta agar JPBNS bersikap jujur

Calon muda Parti Bumi Kenyalang (PBK) Miri, Leslie Ting, yang menemani pemilik bakeri tersebut di balai polis, meminta agar JPBNS bersikap jujur dan menunjukkan kepada orang ramai kesahihan laporan kes positif berikut.

Dia mendakwa banyak pemilik perniagaan sudah terjejas teruk kerana Covid-19 dan secara tidak sengaja menyenaraikan premis mereka adalah bagaikan menambahkan lagi kesukaran buat mereka.

“Seperti yang dinyatakan oleh Puan Chin, dia telah memeriksa CCTVnya beberapa kali tetapi tidak dapat menemui pelanggan yang mengunjungi premis tersebut pada hari dan waktu yang disenaraikan seperti di dalam kenyataan JPBNS.

“Oleh itu, bagaimana JPBNS membuat senarai tersebut? Adakah mereka menyenaraikan tempat mereka berdasarkan apa yang dikatakan pesakit tanpa siasatan? ” ujar Puan Chin.

Dia mendesak JPBNS untuk melakukan siasatan yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat secara terbuka ke atas nama-nama premis.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catat Rekod Seri, Keputusan Atlet Qatar Dan Itali Yang Sudi Kongsi Pingat Emas Ini Menyentuh Hati Dunia
Next Article Kenapa Sukan Skuasy Tak Ada? Ini 4 Sukan Yang Tak Pernah Dimasukkan Ke Olimpik Kenapa Sukan Skuasy Tak Ada? Ini 4 Sukan Yang Tak Pernah Dimasukkan Ke Olimpik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?