• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Daftar Secara Online, Program Buang ‘Tattoo’ Percuma Di Masjid

Oleh
ILB - AI
14 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Program pembuangan tatu secara percuma diadakan di Masjid, Jakarta

Daftar Secara Online, Program Buang ‘Tattoo’ Percuma Di Masjid. Seperti diketahui umum, bagi umat Islam, tindakan mencacah tatu di mana-mana bahagian tubuh badan adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia hanyalah tatu sementara.

Menurut laman web udakwah, jika seseorang itu berhasrat untuk memeluk Islam tetapi masih mempunyai tatu di tubuhnya, individu tersebut tetap dianggap sebagai seorang Muslim yang sah, walaupun tatu itu masih kelihatan pada kulitnya.

Susulan itu, menerusi laporan, Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) telah menganjurkan program membuang tatu secara percuma di Masjid Darul Jannah, Jakarta Selatan, pada Khamis.

Daftar Secara Online, Program Buang 'Tattoo' Percuma Di Masjid
Kredit: Foto Agensi

Bagaimanapun, sukarelawan bernama Rahmat menyatakan bahawa 85 jumlah penduduk menyertai program tersebut dan hanya berlangsung selama satu hari sahaja.

Difahamkan, program pembuangan tatu ini sudah pun diadakan di beberapa wilayah lainnya di Jakarta.

Kuota 100 orang, malah 85 orang sahaja yang hadir

“Kuotanya hari ini ialah 100 orang, tapi kira-kira 85 orang sahaja yang hadir. Kita bermula dari pagi hingga petang,” katanya kepada pihak mesia menurut sumber.

Sementara itu, Rahmat turut berkata, peserta pembuangan tatu perlu menjalani pemeriksaan darah dan juga kesihatan terlebih dahulu. Bagi pendaftaran pula boleh dilakukan secara dalam talian atau online.

“Pemeriksaan diadakan bagi memastikan mereka sihat tubuh badan. Ada doktor akan periksa dari sudut perubatan jugaa,” ujarnya lagi mengenai pemeriksaan sebelum membuang tatu.

Daftar Secara Online, Program Buang 'Tattoo' Percuma Di Masjid
Gambar hiasan. Kredit: Google

“Selain itu, ada yang dibius untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses laser dilakukan,” jelasnya mengenai proses buang tatu itu.

“Proses ini mengambil masa antara tiga hingga lima minit. Ada juga yang menjangkau sehingga 15 minit bergantung kepada keadaan,” katanya lagi.

Untuk makluman, tatu merupakan lukisan atau tanda kekal pada kulit yang dibuat dengan memasukkan dakwat pigmen atau pewarna ke dalam lapisan dermis (lapisan kedua kulit) melalui tusukan jarum.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan tatu:

Trend Sulam Kening, Ketahui Persamaan Tatu Sebenar Dan Embroidery
Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Skrin iPhone Ada Masalah, Ini Cara Tuntut 'Warranty' Walaupun Tempoh Sudah Tamat Skrin iPhone Ada Masalah, Ini Cara Tuntut ‘Warranty’ Walaupun Tempoh Sudah Tamat
Next Article Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Rahsia Rebus Nasi Himpit Jimat Masa Dan Gas Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Rahsia Rebus Nasi Himpit Jimat Masa Dan Gas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?