I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,’ Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,’ Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap

Husna Hazmi 6 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Jalan tersebut terletak di tengah Bandaraya Kuching.

‘Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,’ Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap. Perkongsian dari Facebook mengenai sebuah projek di jalan yang tidak siap-siap di tengah Bandaraya Kuching telah mendapat perhatian orang ramai.

Bagi penduduk di Kuching jalan ini merupakan antara jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan pada setiap hari kerana ia terletak di tengah Bandaraya Kuching.

'Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,' Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap
‘Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,’ Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap. Sumber foto: Facebook

Tiada perkembangan yang dilihat

Walaubagaimanapun, tiada perkembangan yang dilihat dalam proses pembaikan/pembinaan projek di jalan berkenaan. Lebih dari tiga tahun sudah ia terbengkalai begitu sahaja.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen juga berasa kecewa dengan kelewatan pembaikan/pembinaan di jalan tersebut.

'Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,' Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap
'Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,' Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap

Ada yang berkata, dari anak aku seorang, sampai sekarang dah tiga.. semua dah bujang dara, jalan ni tetap sama.. mungkin sampai aku jadi nenek pun masih sama”.

Saya masih sekolah rendah lagi projek jln tu dah bermula..penghadang jalan merah putih itu sudah berapa kali ditukar masih juga tak siap-siap..itu projek ditengah tengah bandar..apatah lagi diluar bandar..”, menurut seorang lagi netizen.

Lapor akhbar tempatan, pada bulan November 2021 selepas lawatan daripada Menteri Muda ke projek di jalan berkenaan, dikatakan bahawa projek ini bakal siap pada tahun 2022.

Projek yang dimulakan pada tahun 2018 ini dijalankan atas tujuan membina sistem perparitan dari Jalan Masjid menyelusuri Lebuh Java hingga ke Sungai Sarawak.

Namun, kesan daripada pandemik Covid-19, kerja-kerja pembinaan projek tersebut terus tergendala dan belum dimulakan sehingga sekarang.

Menurut kenyataan daripada akhbar itu lagi, Menteri Muda tersebut berkata projek ini terbahagi kepada tiga fasa; fasa pertama dan kedua telah siap dan berbaki lagi lapan peratus kerja-kerja pembinaan projek ini untuk disiapkan. 

Apa yang anda rasa? Kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk bersuara secara betul, jadi di hari yang penuh mulia ini, kami mewakili semua penduduk di Kuching ingin mengetahui bilakah projek di jalan tersebut akan disiapkan sebenarnya🤔

Lagi cerita menarik di Borneo buat anda di sini:

SUMBER : Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article world clock Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak
Next Article Miliki Pengikut TikTok Paling Ramai Di Dunia, Khaby Lame Rupanya Seorang Hafiz Al-Quran

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?