I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak

Last updated: 06/07/22 6:52 PM
Nazihah Ahmad Napis
Kongsi
4 Min Bacaan
world clock
Kongsi

Korang perasan tak?

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak. Korang perasan tak, kalau kat Sabah Sarawak masuk pukul 7 petang je memang dah gelap dah. TAPI, kalau di Semenanjung, pukul 7 pun masih terang lagi.

Tahukah anda sebenarnya waktu di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung adalah berbeza. Perubahan waktu Persekutuan Melayu telah beberapa kali diubah untuk menyesuaikan ‘Waktu Piawai Malaysia’.

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak
Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak

Perbezaan sebenar waktu di Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia ialah 30 minit

Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang menyelaraskan masa di Semenanjung dengan Sabah Sarawak pada waktu itu. Perkara ini dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadbiran ekonomi negara.

Sebelumnya, Malaysia Barat (MB) iaitu Semenanjung Malaysia menggunakan zon waktu GMT+7.30 manakala Malaysia Timur (MT) iaitu Sabah dan Sarawak menggunakan GMT+8.00. Pada tanggal 1 Januari 1982, waktu di Semenanjung secara rasminya dipercepatkan 30 minit bagi menyeragamkannya dengan waktu Sabah dan Sarawak.

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak
Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak. Sunset di Tanjung Aru. Freepik

Kenapa 30 minit?

Ini adalah bukan kali pertama semenanjung dipercepatkan masa! Tun Mahathir bukan orang pertama yang menukar waktu di Malaysia. Perkara ini pun pernah dilakukan masa zaman penjajahan British satu ketika dahulu yang mempercepatkan masa Malaysia 30 minit juga. British juga pernah arahkan gunakan zon waktu GMT+7.

Sejarah pertukaran waktu di Semenanjung Malaysia ini agak panjang jika ingin diceritakan secara mendalam. Namun, secara ringkasnya pertukaran ini berlaku 7 kali sejak tahun 1880. Hal ini adalah disebabkan pelbagai faktor seperti pemanjangan waktu siang, serta penyeragaman mengikut waktu Tokyo semasa penjajahan Jepun.

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak
Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak

Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Malaya (termasuk Singapura) telah mengamalkan semula apa yang dipanggil sebagai Daylight Saving Time dengan memanjangkan waktu siang selama setengah jam.

Inilah yang menyebabkan perbezaan dengan Greenwich pada zaman tersebut adalah sebanyak UTC+7:30 dan bukan UTC+8:00 seperti yang sepatutnya.

Bermula 1 Januari 1982, ia dipercepatkan kepada 30 minit agar seragam dengan waktu Sabah dan Sarawak yang kemudian dipanggil ‘Waktu Piawai Malaysia’.

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak
Sunrise in Kota Kinabalu

Di Malaysia Timur (Sabah Sarawak)

Sehingga Mac 1926, Sarawak mengikut waktu min tempatan Kuching, 7 jam 21 minit 20 saat lebih cepat dari GMT. Borneo Utara pula mengikut waktu min tempatan Jesselton. Selepas itu ia diselaraskan menjadi +7:30 GMT (Waktu Borneo).

Pada 1 Mei 1982, waktu +8:00 GMT ini dipanggil ‘Waktu Piawai Malaysia’.

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak. Sumber gambar: My.all.biz

Tun Dr. Mahathir telah memilih GMT+8 sebagai Waktu Piawai Malaysia (WPM) kerana Malaysia Timur memang sudah menggunakan GMT +8. Oleh itu, hanya di Malaysia Barat sahaja yang terlibat dengan penukaran masa ini.

Ketika keputusan untuk penukaran masa ini dibuat, ramai yang mempertikaikan tindakan Tun Mahathir. Namun, beliau tetap dengan keputusannya dan penukaran masa ini kekal sehingga ke hari ini.

Di Ukraine suatu masa dahulu, lelaki ini mendakwa dirinya boleh merentas ke masa depan. Baca cerita penuh di pautan ini:

Nazihah Ahmad Napis 6 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu
Next Article ‘Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,’ Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?