• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching

Oleh
ILB - AI
21 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Demi Maggi dan KFC

Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching. Kalau tak ada masalah mental, ini mungkin ada pengaruh bahan terlarang. Tapi ini hanya kemungkinan. Mana mungkin orang yang normal bersikap sedemikian, kan?

Seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan kerana pelaku ini telah mengugut ibu angkatnya sehingga mendatangkan kecederaan. Hal ini dilakukan oleh pelaku hanya gara-gara tidak mendapat wang RM50 demi Maggi dan KFC. Yang bukan-bukan je perangai.

Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching
Ugut Ibu RM50 Setiap Hari Demi Maggie Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching. Sumber gambar: FB BIntulu News Page

Ibu angkat diugut setiap hari

Menurut fakta kes, pelaku meminta wang sebanyak RM50 ini daripada ibu angkatnya setiap hari kerana giannya untuk mendapatkan mee Maggi dan hidangan KFC. Namun, pada 15 September yang lalu, pelaku secara tiba-tiba telah melenting dan bertindak agresif dengan menendang paha mangsa kerana enggan menerima wang yang hanya bernilai RM30.

Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching
Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching. Sumber gambar: FB BIntulu News Page

Mangsa yang berusia 64 tahun tersebut telah melarikan diri dari rumah kediaman mereka di Jalan Samariang, Petra Jaya pada pukul 12 tengahari selepas diserang oleh pelaku kerana mengkhuatiri tentang keselamatannya. Bahkan, selepas ditendang, telefon bimbit mangsa turut dirampas oleh pelaku.

Dijatuhi hukuman penjara 6 bulan

Oleh kerana serangan ini, mangsa telah melaporkan kejadian di balai polis berhampiran. Menurut mangsa juga hal ini bukan pertama kali terjadi. Malah, sering terjadi jika pelaku gagal mendapatkan wang RM50 mengikut kemahuannya.

Pelaku, Muhamad Yazid Yusup telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara. Menurut Majistret Syariah, Fatimah Azura Wan Ali, tertuduh mula menjalani hukumannya bermula dari tarikh tangkapannya iaitu pada 15 September.

Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching
Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching. Sumber gambar: SUARA SARAWAK

Gara-gara Maggi dan KFC je, dah merasa duduk, tidur dan makan percuma di penjara. Nak cakap budak, dah 30 tahun. Dewasa sangat dah usia tu nak keluar mencari pendapatan sendiri. Tapi, masih juga meminta duit dengan ibu. Kalau tak dapat, terus nak marah, jadi agresif semua bagai. Apa nak jadi anak-anak sekarang ni.

Kes ugut ini bukan melibatkan wang semata tau. Ada lagi kes ugut lain seperti ugutan bunuh. Boleh baca artikel dibawah untuk membaca cerita selanjutnya:

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar
SUMBER :FB BIntulu News PageSUARA SARAWAK
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan
Next Article Tergamak Rogol Dan Dera Anak, Bapa Dijatuhkan Hukuman Penjara 428 Tahun Tergamak Rogol Dan Dera Anak, Bapa Dijatuhkan Hukuman Penjara 428 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?