fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu

Kedung BK Oleh Kedung BK
7 Mac 2020
Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan, Lundu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Merancang Untuk Beach Getaway?

Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu. Rasa nak getaway dari bandar untuk buat sementara waktu? Tak perlu fikir jauh, Sematan menawarkan perkhidmatan sesuai untuk anda bagi menghilangkan tekanan kerja dan menenangkan fikiran! Sekiranya anda sekelurga (atau rakan-rakan ada) nak pergi ke Sematan untuk bersantai hujung minggu nanti, berikut adalah beberapa resort anda boleh cuba!

Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu. Kredit: Giphy

Roxy Sematan Kanopi

Dikatakan antara resort terbaik di sekitar Sematan, resort ini, seperti resort yang lain, terletak berhampiran dengan pantai. Selain perabot yang disediakan untuk santai di sekitar resort, terdapat juga kemudahan seperti BBQ pit sekiranya anda berminat untuk melakukan BBQ berhampiran dengan pantai. Resort ini dikatakan bersih dan selesa bagi para pengunjung juga.

ADVERTISEMENT
Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu
Kredit: Roxy Hotel

Sematan Palm Beach Resort

Salah satu resort terkenal di Sematan, resort ini bukan sahaja terkenal dengan infinity pool mereka yang menghadap ke pantai, malah resort ini menawarkan pemandangan yang indah ke para pengunjung yang teringin untuk melawat semata-mata untuk menikmati alam semulajadi. Dengan dihiasi oleh pokok-pokok kelapa di sekitar resort, ia bersih dan dikawal dengan baik oleh pihak pengurusan (menurut sumber yang berkunjung ke sana baru-baru ini)

Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu
Kredit: TripAdvisor

Pandan Goldcoast Holiday Villa

Pandan Goldcoast Holiday Villa merupakan antara resort yang sering dikunjungi di Sematan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah aktiviti air seperti berkanu, memancing dan snorkelling. Selain itu, pantai yang ada adalah private jadi hanya tetamu resort sahaja mempunyai akses ke pantai tersebut. Terdapat juga kemudahan seperti kemudahan BBQ bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti BBQ.

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu
Kredit: Samak Aiden

Siar Beach Resort Lundu

Resort ini lebih sesuai untuk mereka yang mahu rileks sahaja kerana tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan jika dibandingkan dengan resort lain. Terletak 9km dari Gunung Gading National Park, resort ini dikategori resort yang simple berbanding dengan resort-resort yang disenaraikan di atas, namun ia juga memainkan peranannya sebagai resort tepi pantai dengan memberikan tetamunya akses ke pantai yang berhampiran. Aktiviti yang sesuai dilakukan disini adalah menerokai pantai dan kepada mereka yang mahu BBQ, resort ini juga menyediakan kemudahan BBQ untuk anda.

ADVERTISEMENT
Ini Adalah 7 Resort Anda Boleh Cuba Ketika Di Sematan Dan Lundu
Kredit: Facebook Siar Beach Resort

Nature Lodge

Tidak seperti resort yang lain, resort ini adalah seperti guesthouse dan berhampiran dengan sebuah sungai. Sesuai untuk mereka yang mahu menikmati alam semulajadi, resort ini dikelilingi taman dan menawarkan kedamaian kepada tetamu yang menginginkannya.

Kredit: Agoda

Pandan Beach Homestay

Sesuai untuk family trip, resort ini menyediakan kemudahan seperti tapak perkelahan, private beach area, kemudahan BBQ, dan lain-lain lagi. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah aktiviti snorkeling, berkanu, memancing, hiking serta lawatan sambil belajar (take note, aktiviti ini akan dikenakan caj tambahan) Resort ini terletak betul-betul depan pantai jadi ketika saat anda keluar dari pintu guesthouse anda, anda akan terus dijemput dengan pemandangan pantai yang indah.

ADVERTISEMENT
Kredit: Facebook Pandan Beach Resort

Long Titi Homestay

Konsep resort ini lebih kurang sama dengan Nature Lodge, iaitu berfungsi sebagai guesthouse dikelilingi oleh taman. Peminat alam semulajadi akan menghargai masa mereka disini dengan ketenangan yang ditawarkan. Sekiranya anda berminat untuk go back to basic, guesthouse ini sesuai bagi anda!

Kredit: Agoda

Enjoy Your Relaxation

Ambil semua ketenangan yang anda perlukan sebelum anda kembali ke bandar. Kami harap anda menikmati penginapan anda semasa anda berada di mana-mana resort yang disenaraikan!

Sekiranya anda sudah ada pengalaman menginap di mana-mana resort disenaraikan, anda digalakkan kongsi pengalaman anda dalam ruangan komen dibawa. Jangan lupa share!

kredit: Giphy
Share14586Tweet545SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy