fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

Hidden Gem Istimewa, Homestay Hounon Ridge, Bundu Tuhan Tawarkan Pemandangan Indah

Kedung BK Oleh Kedung BK
12 Jun 2020
Hidden Gem Istimewa, Homestay Hounon Ridge, Bundu Tuhan Tawarkan Pemandangan Indah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bangun Pagi, Terus Lihat Gunung

Hidden Gem Istimewa, Homestay Hounon Ridge, Bundu Tuhan Tawarkan Pemandangan Indah. Sekiranya anda berada di Sabah, anda harus cuba menginap di Hounon Ridge, Bundu Tuhan. Ditempatkan di Ranau, ia merupakan sebuah homestay persendirian yang dikelilingi oleh pemandangan indah, terutamanya gunung ganang disekelilingnya!

Hidden Gem Istimewa, Homestay Hounon Ridge, Bundu Tuhan Tawarkan Pemandangan Indah
Hidden Gem Istimewa, Homestay Hounon Ridge, Bundu Tuhan Tawarkan Pemandangan Indah

Perjalanan Yang Mencabarkan Tetapi Berbaloi

Untuk pergi ke sini, anda akan meluangkan masa sejam untuk masuk ke sini dari simpang Bundu Tuhan. Pekan yang terdekat adalah Pekan Nabalu (40 min dari tempat penginapan) dan anda boleh juga membeli makanan dari pasar malam di Kundasang. Tempat parkir disediakan juga.

ADVERTISEMENT
Homestay yang dikelilingi gunung. Kredit: Facebook Barry Johannes

Anda dinasihati untuk datang ke sini sebelum petang kerana perjalanan ke sini agak mencabar, dengan jalannya yang sempit serta berlubang. Tetapi sejurus anda tiba ke destinasi, anda boleh lihat matahari terbenam dengan jelas serta melakukan aktiviti stargazing pada waktu malam. Kemudian, dikurniakan pemandangan yang mengagumkam pada hari seterusnya, dengan adanya pemandangan sunrise yang indah serta pemandangan Gunung Kinabalu yang jelas. Secara ringkasnya, anda akan menikmati alam semula jadi serta pemandangan yang mantap!

Bangun pagi, disambut oleh pemandangan yang cantik. Kredit: Facebook Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau

Berkhemah Sambil Menikmati Pemandangan

Terdapat juga pilihan lain dimana pengunjung boleh memilih untuk berkhemah di persekitaran tempat menginap. Terdapat juga tempat untuk berpanggang yang telah disediakan untuk kemudahan anda sekiranya anda teringin untuk melakukan aktiviti BBQ.

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

ADVERTISEMENT
Kredit: superbplacemalaysia

Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri, tapi jangan risau! Tempat menginap ini menyediakan dapur untuk anda melakukan masakan anda. Anda juga boleh berpilih untuk BBQ sekiranya anda mahu menikmati gunung-ganang sekeliling sambil berpanggang!

Kredit: Doing What I Love, Whenever, Wherever

Sekiranya anda datang slightly unprepared, terdapat juga sebuah kafe kecil yang anda boleh kunjung untuk makanan asas.

ADVERTISEMENT

Booking Adalah Terhad

Jika anda berminat untuk menginap disini, anda dinasihati untuk buat tempahan anda seawal mungkin kerana homestay ini mempunyai bilik-bilik yang terhad.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka: Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau

Lebih lagi hidden gem disini:

Share354Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy