• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
16 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak

Subsidi bersasar diesel bakal dilaksanakan tahun depan

Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja selesai membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat jumaat lepas.

Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Antara intipati Belanjawan 2024 yang menarik perhatian rakyat khususnya warga Sarawak adalah berkenaan subsidi yang bakal dimansuhkan bermula tahun hadapan.

Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak
Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak. Sumber: Facebook

Langkah tersebut seolah-olah mengejutkan seluruh warga Sarawak khususnya buat pemilik kenderaan Hilux dan Triton.

Untuk info, kenderaan pacuan empat roda (4WD) ini dikatakan mendominasi kenderaan lain di lebuh raya Sarawak.

Malahan, hampir setiap rumah panjang dijamin mempunyai sebuah ‘Hilux’ kerana kenderaan ini sesuai dengan keadaan jalan dan topografi di Sarawak.

Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak
Sumber: Facebook

Susulan itu, ramai pula menyuarakan pandangan mereka setelah PMX mengumumkan penghapusan subsidi diesel yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Ini bermakna harga diesel akan dijual pada harga RM 3.75 seliter berbanding RM 2.15 per liter dengan harga subsidi.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana mereka beranggapan kenaikan sebanyak RM 1.60 itu membebankan mereka.

Untuk info, tujuan utama pihak kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi diesel ini adalah untuk mengelakkan pembaziran dan penyeludupan yang serius.

Jadi, kerajaan akan merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa dimana hanya syarikat-syarikat tertentu, seperti syarikat pengangkutan barangan, yang akan mendapat manfaat ini.

Dengan pendekatan tersebut, ianya dapat mengurangkan ketirisan subsidi tetapi pada masa yang sama, mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat.

Sementara itu, pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi.

Menurut data penggunaan, jualan diesel bersubsidi dikatakan meningkat sehingga 40 peratus sejak 2019 sedangkan jumlah kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat kurang 3 peratus.

Ini bermakna, wujud kemungkinan aktiviti penyeludupan yang serius akibat harga diesel Malaysia yang terlalu murah.

Baca lagi artikel menarik:

Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sarawak
Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia
Next Article Krisis MYAirline, CEO Interim Letak Jawatan Dan Penyewa Minta Pulangkan Sembilan Pesawat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?