• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri ‘Seru’ Artis Anjur Konsert Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
31 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri 'Seru' Artis Anjur Konsert Di Sarawak

Hanya perlu hormat adat resam Sarawak

Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri ‘Seru’ Artis Anjur Konsert Di Sarawak. Seorang datuk bandar di Sarawak menyeru artis dalam dan luar negara membuat persembahan di negeri Borneo itu jika mereka sukar mendapatkan permit untuk mengadakannya di Semenanjung.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii, berkata peraturan di Sarawak tidak seketat Semenanjung berhubung penganjuran konsert, walaupun penganjur perlu memastikan adat resam tempatan dihormati.

“Jika permit (untuk konsert) tidak dapat diperoleh di Semenanjung, datanglah ke Miri. Sebagai datuk bandar, saya akan menyokong dan membantu sepenuhnya dalam memastikan penganjuran konsert berjalan lancar.

Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri 'Seru' Artis Anjur Konsert Di Sarawak
Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri ‘Seru’ Artis Anjur Konsert Di Sarawak. Kredit: FMT

“Artis patut menganggap Miri sebagai lokasi utama mengadakan konsert di Malaysia. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda,” katanya.

Namun, Kerajaan Negeri tetap akan bertolak ansur dengan Kerajaan Persekutuan

Yii, yang juga Adun Pujut berkata, Sarawak mempunyai faktor lain yang akan menarik minat artis dan penonton konsert dari seluruh dunia, termasuk tarikan pelancong dan suasana harmoninya.

Beliau percaya, penonton konsert yang datang juga akan mengambil peluang itu untuk melancong ke bahagian lain di Sarawak.

Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri 'Seru' Artis Anjur Konsert Di Sarawak

Minggu lalu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan negeri tidak akan menerima pakai garis panduan baharu kerajaan persekutuan untuk artis luar negara.

Beliau menegaskan, walaupun terdapat peraturan tertentu yang perlu dipatuhi artis, kerajaan negeri akan bertolak ansur.

Katanya, dua artis yang mengambil bahagian dalam Rainforest World Music Festival tahun lalu di Sarawak tidak akan dibenarkan membuat persembahan di negeri lain disebabkan pakaian dan persembahan mereka.

Garis panduan baharu itu mula berkuat kuasa tahun depan

Pihak berkepentingan dalam industri hiburan minggu lalu membangkitkan kebimbangan tentang kesan garis panduan baharu kerajaan persekutuan untuk penganjuran konsert.

Garis panduan itu, yang akan berkuat kuasa tahun depan, melarang artis luar negara mengadakan konsert besar dan persembahan secara langsung sehari sebelum cuti umum Islam dan pada hari cuti itu sendiri.

Disekat Buat Show Di Semenanjung, Kerajaan Negeri 'Seru' Artis Anjur Konsert Di Sarawak

Larangan itu meliputi seluruh bulan Ramadan, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Peraturan baharu lain termasuk artis lelaki dilarang berpakaian seperti wanita, dan kedua-dua artis lelaki dan perempuan dilarang menanggalkan sebarang pakaian semasa persembahan.

Baca lagi artikel menarik:

Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa
Viral Resipi ‘Unsalted’ Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Serendah RM35 Per 2-3 Pax, Nikmati Set Ramadhan Menu Thai Di Thaikaata Steamboat & BBQ Serendah RM35 Per 2-3 Pax, Nikmati Set Ramadhan Menu Thai Di Thaikaata Steamboat & BBQ
Next Article Baik Pulih Infrastruktur, Sarawak Terima Lebih RM170 Juta Untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar Baik Pulih Infrastruktur, Sarawak Terima Lebih RM170 Juta Untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?