• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumlah Semakin Berkurangan, Gajah Pygmy Berdepan Risiko Kepupusan Sangat Tinggi

Oleh
Husna Hazmi
29 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Gajah Pygmy khususnya dari Sabah ini telah diklasifikasi ‘Terancam’ dalam senarai merah IUCN

Jumlah Semakin Berkurangan, Gajah Pygmy Berdepan Risiko Kepupusan Sangat Tinggi. Dilaporkan bahawa, Gajah Borneo juga dikenali sebagai Gajah Pygmy diklasifikasikan sebagai ‘Terancam‘ dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) disebabkan populasinya yang kecil dan semakin berkurangan.

Jumlah Semakin Berkurangan, Gajah Pygmy Berdepan Risiko Kepupusan Sangat Tinggi
Jumlah Semakin Berkurangan, Gajah Pygmy Berdepan Risiko Kepupusan Sangat Tinggi. Sumber foto: Astro Awani

Menimbulkan risiko kepupusan yang sangat tinggi

Menurut Pakar gajah World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) Dr Cheryl Cheah, perkara ini menimbulkan risiko kepupusan yang sangat tinggi di habitat liar bagi gajah yang berasal dari Pulau Borneo khususnya di Sabah ini.

Mereka diklasifikasikan sebagai ‘Terancam’ menggariskan pentingnya tindakan pemuliharaan secara kolaboratif seperti pengurusan konflik antara manusia dan gajah serta mencegah kehilangan dan pemecahan habitat seterusnya.

“Kedua-duanya adalah penting untuk menjaga kewujudan mereka pada masa depan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh WWF-Malaysia semalam.

Cheah turut berkata sebagai unit berkembang secara beransur-ansur yang signifikan, gajah Borneo berbeza secara morfologi dan genetik daripada gajah Asia di tanah besar, menjadikannya unik di Pulau Borneo dan sebahagian daripada warisan semula jadi.

Jumlah Semakin Berkurangan, Gajah Pygmy Berdepan Risiko Kepupusan Sangat Tinggi
Sumber foto: Kosmo

Turut dikenali sebagai Gajah Borneo atau Elephas maximus borneensis

Gajah Borneo atau Elephas maximus borneensis, subspesies kepada gajah Asia ini boleh dibezakan melalui saiznya yang lebih kecil dengan gajah jantan membesar sehingga ketinggian kira-kira 2.5 meter berbanding 3 meter di tanah besar.

Gajah Asia itu diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN mengikut penilaian pada 18 Sept 2019 dan diterbitkan pada 2020; manakala subspesiesnya, gajah Borneo diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN menurut penilaian pada 17 Nov tahun lepas dan diterbitkan tahun ini.

Dalam masa yang sama, IUCN menyatakan bahawa terdapat 1,000 ekor jumlah keseluruhan populasi gajah Borneo, dengan kira-kira 400 darinya adalah dewasa yang boleh membiak.

Jumlah Semakin Berkurangan, Gajah Pygmy Berdepan Risiko Kepupusan Sangat Tinggi
Sumber foto: Berita Harian

Disebabkan oleh pembalakan

Dijelaskan juga bahawa, kira-kira 60 peratus daripada habitat hutan gajah Pygmy ini telah hilang sejak 40 tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh pembalakan dan penanaman kelapa sawit secara komersial.

Kedua-dua kerajaan, Malaysia dan Indonesia, mempunyai pelan tindakan untuk pemuliharaan gajah Borneo, tetapi mereka menghadapi banyak cabaran.

“Senarai Merah IUCN kini memberikan pengiktirafan antarabangsa terhadap gajah Borneo sebagai subspesies unik dan Terancam, memberikan sebab yang kuat untuk pemuliharaan mereka,” kata kenyataan IUCN.

IUCN juga berkata, bagi menjamin masa depan haiwan unik ini, adalah penting untuk melindungi dan mengembangkan habitat hutan mereka, menyokong komuniti tempatan dalam meminimumkan konflik dengan gajah dan menguatkuasakan langkah mencegah pemburuan haram.

Ketahui lebih lanjut mengenai haiwan di Borneo yang terancam di sini:

Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam
Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak
Hanya Di Borneo, Kenali ‘Sun Bear’ Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keputusan MyAirlines Mohon Batal Saman RM 17.7 Juta Dari Malaysia Airports Diputuskan 16 Ogos Ini
Next Article Semua Boleh Jaku Iban, Bahasa Iban Kini Tersedia Dalam Google Translate Semua Boleh Jaku Iban, Bahasa Iban Kini Tersedia Dalam Google Translate

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?