• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian

Oleh
Ismail NA
18 Januari 2025
Kongsi
5 Min Bacaan
Kredit foto: FB Timothy Chiu

Jarang nak jumpa trail beginner dengan pemandangan hebat macam ni 😍

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian. Gunung Tama, terletak di Kampung Mawang Tahup, Serian, Sarawak, adalah destinasi menarik untuk pencinta alam dan penggemar aktiviti mendaki.

Dengan ketinggian 478 meter dari paras laut, gunung ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Jika anda sedang mencari tempat untuk lari dari kesibukan bandar, Gunung Tama adalah pilihan yang sesuai untuk perjalanan harian.

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian
Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian. Kredit foto: FB Simon Nicholas

Apa yang Menarik di Gunung Tama

1. Pemandangan Awan Karpet yang Menakjubkan

Mendaki Gunung Tama bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Sepanjang laluan, anda akan melalui kawasan sawah padi yang menghijau, hutan sekunder yang rimbun, dan sekali-sekala boleh melihat burung-burung berkicauan. Jika bernasib baik, anda akan disajikan dengan pemandangan awan karpet yang menakjubkan berserta panorama gunung-ganang di sekitar kawasan Serian.

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian
Kredit foto: FB Mohamad Gadafi Mas

2. Laluan Mendaki yang Sederhana

Laluan mendaki Gunung Tama sesuai untuk semua peringkat pendaki — daripada pemula hingga yang berpengalaman. Dalam 30 minit pertama, anda sudah dapat menikmati pemandangan awan karpet yang menakjubkan di kawasan sawah padi. Laluan ini dikategorikan sebagai mudah ke sederhana, dan mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit untuk sampai ke puncak, bergantung kepada tahap stamina masing-masing.

3. Air Terjun Rimun Bukang

Selepas penat mendaki, anda boleh berehat di Air Terjun Rimun Bukang yang terletak berhampiran dengan laluan pendakian. Tempat ini sesuai untuk bersantai dan melegakan kepenatan dengan berendam di air yang menyegarkan.

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian
Kredit foto: FB Ismail bin Roslan

4. Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Di Puncak

Setibanya di puncak, anda akan dihadiahkan dengan pemandangan 360 darjah kawasan Serian. Jika cuaca baik, anda dapat melihat sawah padi yang membentang luas, sungai-sungai yang berliku, dan perkampungan kecil di bawah. Suasana di atas sangat tenang, ditemani angin sepoi-sepoi dan bunyi alam semula jadi. Jangan lupa mengambil gambar kerana pencahayaan di puncak sangat cantik untuk foto landskap atau kenangan peribadi.

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian
Kredit foto: FB Timothy Chiu

Bila Masa Terbaik untuk Mendaki

Masa terbaik untuk mendaki Gunung Tama adalah antara bulan Mei hingga September, ketika cuaca lebih kering dan laluan pendakian tidak licin. Namun, bulan Disember dan Februari adalah waktu yang istimewa kerana sawah padi mula menghijau dan masak menguning, menjadikan pemandangan lebih memukau. Sebaiknya juga, pilih hari biasa untuk mengelakkan kesesakan kerana hujung minggu biasanya lebih ramai pendaki.

Gunung Tama, Trail Untuk Beginner Mengejar Awan Karpet Di Serian
Kredit foto: FB Timothy Chiu

Bagaimana Cara Untuk Pergi Ke Gunung Tama?

Gunung Tama terletak kira-kira 90 kilometer dari Kuching, jadi perjalanan dari bandar ke sini mengambil masa dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam dengan kereta. Berikut adalah langkah mudah untuk sampai:

  1. Panduan Memandu Dari Kuching: Ambil jalan ke Serian melalui Jalan Kuching-Serian. Apabila tiba di Serian, ikut arah ke Kampung Mawang Tahup. Landmark yang boleh dicari adalah sekolah kampung atau papan tanda Gunung Tama.
  2. Hubungi Pemandu Pelancong Tempatan: Mendaki di Gunung Tama lebih mudah jika anda menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong tempatan. Anda boleh menghubungi Cikgu Bong (+601381633889) untuk mendapatkan perkhidmatan jurupandu. Caj perkhidmatan adalah seperti berikut:
  • 10 orang ke atas: RM 25 seorang
  • 6 ke 9 orang: RM 30 seorang
  • 3 ke 5 orang: RM 35 seorang

Tips Sebelum Mendaki

  • Pakai pakaian dan kasut yang sesuai: Pastikan anda memakai kasut mendaki yang selesa kerana laluan boleh menjadi licin terutama selepas hujan.
  • Bawa bekalan: Air, makanan ringan, dan power bank adalah keperluan penting. Jangan lupa juga membawa pakaian ganti jika anda ingin mandi di air terjun.
  • Mulakan awal: Mulakan pendakian pada awal pagi, sebaiknya pada jam 6 pagi untuk mengelakkan cuaca panas dan memastikan anda mendapat pemandangan yang cantik di awal pagi seperti pemandangan awan karpet.

Jika anda sedang merancang untuk mendaki yang santai tetapi berbaloi, Gunung Tama patut ada dalam senarai destinasi anda. Pemandangan yang indah, laluan yang tidak terlalu sukar, dan suasana kampung yang tenang menjadikan Gunung Tama destinasi yang ideal untuk percutian hujung minggu.

Lagi tempat best untuk hiking santai yang anda mesti cuba

Gunung Ngeli, Port Hiking Yang Sesuai Untuk Beginner Di Simunjan
Gunung Kelambu Lang, Hidden Gems Yang Anda Mesti Tawan Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penari Cilik Sarawak, ‘Little Bornean Birdie’ Bakal Wakili Malaysia Di Dance World Cup Finals Sepanyol
Next Article Kembara Macam Old Money British Guna North Borneo Heritage Train Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?