I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Notification Show More
Latest News
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
15 Mei 2022
F952BD18 7D7C 4298 B671 79B4BB61DE83 Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
15 Mei 2022
BeFunky collage24 Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
14 Mei 2022
BeFunky collage 2021 06 09T182057.602 Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
14 Mei 2022
Terselamat Dari 3 Kejadian Kapal Tenggelam, Ini Adalah Kisah Kucing Yang Digelar 'Unsinkable Sam'
Selamat Dari 3 Kejadian Kapal Karam, Ini Kisah Kucing Yang Digelar ‘Unsinkable Sam’
14 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 08/05/22 12:04 PM
Kongsi
4 Min Bacaan
BeFunky collage 2022 03 02T153238.061 Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Kongsi
Sponsored

Penduduk di Barat Sumatera cemas ikan empurau banyak mati

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia. Gempar di Nagari Lubuk Landua, Barat Pasaman, sebuah wilayah di Barat Sumatera Indonesia apabila tiga tan ikan empurau atau disebut ‘gariang’ dalam Bahasa Indonesia ditemui mati. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada tanah runtuh akibat gempa bumi yang melanda kepulauan itu pada 25 Februari yang lalu.

Gempa bumi dengan skala magnitud 6.2 itu telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh berdekatan Gunung Talamau, lalu menyebabkan lumpur mencemari kawasan Sungai Batang Lubuk Landua.

Sponsored

Menurut laporan Yahoo!News, penduduk kampung telah berusaha untuk menyelamatkan ikan empurau tersebut dengan memindahkan ikan-ikan tersebut ke dalam kolam dengan air yang lebih jernih. Namun, tidak banyak ikan yang mampu bertahan dengan persekitaran baru tersebut.

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia. Penduduk kampung yang cuba memindahkan ikan empurau dari sungai yang tercemar. Sumber foto : Yahoo!News

Penduduk kampung kemudiannya memutuskan untuk memindahkan ikan-ikan yang masih hidup dan selamat ke kawasan takungan air di belakang surau Lubuk Landua. Ikan empurau yang telah mati pula diletakkan berhampiran kawasan sungai untuk dikuburkan.

Sponsored
Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Ikan empurau dikuburkan di Lubuk Landua. Sumber foto : wonogirinewscafe.com

Di kebanyakan kawasan Barat Sumatera yang berketurunan Minang, ramai yang masih berpegang dengan kepercayaan bahawa sesiapa yang menangkap atau memakan ikan empurau akan jatuh sakit, meninggal atau menggelembung perut. Ikan-ikan ini hanya boleh ditangkap dan dimakan setelah beberapa bulan, atau apabila ikan-ikan ini telah matang, atau setelah diberikan keizinan oleh para alim ulama.

Ikan empurau , ‘ikan larangan’ dalam ‘lubuk larangan’

Walau bagaimanapun, larangan ini dilihat oleh pentadbir tempatan sebagai tindakan rasional oleh penduduk kampung yang secara tidak langsung diimplementasikan sebagai sistem pemeliharaan alam sekitar, ekonomi dan sosial masyarakat. Melalui maklumat yang dipaparkan di laman sesawang Badan Karantina Ikan, Pengendalian Mutu dan Keamanan Hasil Perikanan Indonesia memberitahu bahawa Nagari sememangnya mempunyai zon sungai yang dikenali sebagai ‘Lubuk Larangan’, di mana kawasan ini dikelaskan sebagai zon pemeliharaan ikan.

Sponsored

Ikan empurau merupakan salah satu daripada pelbagai jenis ikan yang diklasifikasikan sebagai ‘Ikan Larangan’. Penduduk atau individu dilarang untuk memancing atau menangkap ikan di kawasan ini atau mereka akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya berkelakuan sebaliknya.

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia 11

Difahamkan, hampir kesemua kawasan di Barat Sumatera memiliki kawasan lubuk larangan.

Sponsored

Empurau ikan mewah dan bernilai tinggi di Malaysia

Jika di Malaysia, ikan empurau atau tor tambroides ini mencecah harga sehingga ribuan ringgit kerana sukar didapati dan sensitif terhadap persekitaran. Disebabkan harga ‘kayangan’ nya, ikan ini sering dijadikan hidangan eksklusif di hotel-hotel mewah. Kualiti empurau terbaik di Malaysia terdapat di Sarawak kerana ikan empurau di negeri ini diberi makan buah engkabang, buah berlemak yang hanya didapati setiap 3 hingga 7 tahun!

Sistem yang sama juga boleh didapati di Sarawak dengan nama Sistem Tagang. Tagang membawa maksud pengawalan dan pemuliharaan dalam Bahasa Iban. Pihak Jabatan Pertanian dan penduduk kampung telah bersama-sama merangka satu undang-undang untuk menjayakan sistem ini.

Sponsored

Dengan pelasanaan sistem tagang ini, ikan dilarang untuk ditangkap atau dipancing sebarangan sehingga ia mencapai saiz yang sesuai. Di bawah peraturan sistem ini, penuaian hanya boleh dilakukan selepas 2 tahun dari tarikh anak ikan dilepaskan ke dalam sungai tagang.Terdapat 23 sungai yang diletakkan dalam sistem tagang di seluruh Sarawak dan ada di antaranya dijadikan kawasan tarikan pelancongan. Contoh terdekat adalah Sungai Semadang, Bau.

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Kredit foto : Semadang Kayak

Ikan empurau merupakan spesis ikan yang dikategorikan sebagai spesis asli di Asia Tenggara.

Sponsored

Baca juga info menarik tentang empurau dan buah engkabang yang pernah kami terbitkan di sini:

Sponsored
Nur Afifah 8 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage 2021 04 22T172400.929 Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah
Next Article Terpaling Digital, Kini Anda Boleh Guna Aplikasi Setel Di Apple Watch Untuk Beli Minyak Terpaling Digital, Kini Anda Boleh Guna Aplikasi Setel Di Apple Watch Untuk Beli Minyak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak 'Headshot' Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita
Berita Dunia

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak ‘Headshot’ Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita

12 Mei 2022
2 Kehilangan Misteri Yang Akhirnya Diselesaikan Melalui Internet Selepas Beberapa Dekad
Berita Dunia

2 Kehilangan Misteri Yang Diselesaikan Melalui Internet Selepas Beberapa Dekad

8 Mei 2022
BeFunky collage166 Pekerja Pos Di Jerman Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Berita Dunia

Pekerja Pos Di Jerman Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian

7 Mei 2022
BeFunky collage 2021 08 18T185150.212 Kisah Sergey Ponomarenko, Lelaki Ukraine Anggap Dirinya Seorang 'Time Traveller'
Berita Dunia

Kisah Sergey Ponomarenko, Lelaki Ukraine Anggap Dirinya Seorang ‘Time Traveller’

1 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?