I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 16 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad

Hanya 1200 kemasukan tetapi sambutan secara hybrid juga ada.

Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad. Hari Sarawak yang akan disambut di Stadium Tertutup Sibu pada 22 Julai ini dengan kapasiti dewan yang agak minimal, hanya 1200 pengunjung dibenarkan kemasukannya untuk menyertai sambutan ini.

Namun, menurut Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti bahawa sambutan ini juga akan dilaksanakan secara hybrid dimana orang ramai dapat menyertai sambutan ini secara atas talian juga.

Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad
Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad. Sumber gambar: FB Suara Sarawak

Namun, sambutan kali ini agak sedikit kontroversi.

Walaupun dengan kaedah hybrid ini, segelintir netizen agak judgemental kerana beranggapan sambutan yang hanya dapat disertai secara fizikal seramai 1200 orang itu tidak masuk akal. Ada yang beranggapan bahawa sambutan ini dengan kapasiti itu hanya khusus untuk VIP lokal dan VIP dari Malaya.

Bukan itu sahaja, netizen juga melontarkan komen lucu dengan mengatakan ”Saya lebih suka peraturan yang sama juga digunakan hanya semasa PRU nanti hanya 1200 sahaja yang keluar mengundi”

Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad
Sumber gambar: FB Suara Sarawak

Pelbagai agensi media akan terlibat untuk menyiarkan sambutan

Namun usah khuatir, sambutan Hari Sarawak kali ini cukup padat dan meriah apabila dilaksanakan secara hybrid, banyak agensi media yang terlibat seperti MYTV, TVS, Facebook UKAS dan YouTube. Platform media ini yang bertanggungjawab untuk menyiarkan siaran langsung sambutan kali ini bermula jam 8 malam.

Bahkan, pihak Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) yang merupakan penganjur utama sambutan ini telah memastikan pelbagai acara telah disusun dan diatur sebaik mungkin.

Hari Sarawak Akan Disambut Secara Hybrid, Netizen Tak Puas Hati Dengan Slot Pengunjung Yang Terhad
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Astro Awani

Dalam sidang media yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia pada 13 Julai itu, Datuk Seri Fatimah Abdullah turut berharap agar sambutan Hari Sarawak kali ini dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang pelbagai kaum dan agama.

Menurut beliau juga, sambutan Hari Sarawak merupakan sambutan yang istimewa untuk rakyat Sarawak kerana memberi peluang kepada mereka untuk memperingati sejarah silam kita dalam mencapai kemerdekaan.

Untuk memperingati tentang sejarah silam Sarawak yang lain, artikel dibawah boleh ditelaah untuk mengetahui sejarah lain yang ada di Sarawak:

SUMBER : Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei, Jom Terokai Air Terjun Wong Ruan
Next Article Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?