• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hilang Kawalan Di Selekoh Bukit, Trak Askar Terbalik Di Jalan Sungai Sebatu Kapit

Oleh
Ismail NA
13 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hilang Kawalan Di Selekoh Bukit, Trak Askar Terbalik Di Jalan Sungai Sebatu Kapit. Menerusi sebuah video yang tular di laman media sosial, sebuah trak tentera telah mengalami kemalangan dan terbalik di selekoh bukit kawasan Jalan Sungai Sebatu, Song, Kapit.

Trak tentera itu merupakan trak milik Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia (1 Div) dan kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari.

Hilang Kawalan Di Selekoh Bukit, Trak Askar Terbalik Di Jalan Sungai Sebatu Kapit
Hilang Kawalan Di Selekoh Bukit, Trak Askar Terbalik Di Jalan Sungai Sebatu Kapit. Sumber: Facebook

Video berdurasi 11 saat itu memaparkan 2 buah trak tentera terbalik. Salah satunya terbabas ke tepi jalan manakala satu lagi trak melintang di tengah jalan. Menurut laporan media tempatan, Markas Divisyen Pertama Infantri telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan kemalangan tersebut.

Difahamkan, trak askar yang terbalik itu membawa 15 orang anggota tentera pasukan Batalion ke-510 Askar Wataniah, Kem RASCOM, Sibu. Kesemua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Turut teribat dalam kemalangan itu adalah seorang orang awam yang berusia 32 tahun. Orang awam tersebut juga disahkan berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera.

https://www.facebook.com/lesley.jua/posts/pfbid0353vWxD7rwAC6MQnBUfKjLLqdxTN9zsAtkxxSjVtzZDqmAWAJWAxpRN2vvXkCgtebl

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), kedua-dua trak tersebut dalam perjalanan ke kawasan Operasi OP BAMBOO di Kapit.

Malangnya, salah sebuah trak tentera itu hilang kawalan ketika menuruni selekoh bukit di Jalan Sungai Sebatu, Song, lalu melanggar bahagian belakang sebuah lagi trak tentera. Dalam pada masa yang sama, trak tentera itu juga bergesel dengan sebuah van awam lalu terbalik.

Kesemua askar yang terlibat dihantar ke Klinik Kesihatan Song untuk pemeriksaan lanjut.

Lagi cerita berkaitan askar yang mungkin menarik perhatian anda:

Muat Naik Gambar Bersama Tengkorak, Rupanya Kepala Askar Jepun Yang Dipenggal Orang Iban
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemain Sarawak United Dedah Gaji Belum Dilunaskan Sepenuhnya
Next Article Rupanya Ada Beza, Lelaki Ini Tunjuk Bagaimana Warna Acuan Yang Berbeza Boleh Jejaskan Kek Anda Rupanya Ada Beza, Lelaki Ini Tunjuk Bagaimana Warna Acuan Yang Berbeza Boleh Jejaskan Kek Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?