• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu ‘Bazar Puaka’ Di Stadium Kuching, Pihak Penganjur Tampil Bagi Penjelasan

Oleh
Husna Hazmi
8 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Penjelasan dari pihak penganjur Bazar.

Isu ‘Bazar Puaka’ Di Stadium Kuching, Pihak Penganjur Tampil Bagi Penjelasan. Baru-baru ini tular isu sebuah Bazar Ramadan di Kuching yang dikatakan telah mendapat teguran dari peniaga bazar tersebut.

Perkara ini kemudiannya tular di media sosial dan penduduk tempatan sebulat suara meluahkan kekecewaan masing-masing.

Isu 'Bazar Puaka' Di Stadium Kuching, Pihak Penganjur Tampil Bagi Penjelasan
Isu ‘Bazar Puaka’ Di Stadium Kuching, Pihak Penganjur Tampil Bagi Penjelasan. Gambar tangkap layar dari Facebook

Kenyataan telah dikeluarkan pihak penganjur

Pada hari ini, pihak penganjur Bazar berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu ini.

Dalam kenyataan tersebut, dikatakan bahawa pihak penganjur amat kesal dengan kenyataan fitnah yang sengaja menjatuhkan nama syarikat mereka. Dikatakan penganjuran bazar tersebut telah dijalankan mengikut rancangan program walaupun telah menghadapi kesukaran gara-gara bencana alam.

Isu 'Bazar Puaka' Di Stadium Kuching, Pihak Penganjur Tampil Bagi Penjelasan

Pihak penganjur juga dikatakan telah meletakkan hiburan seperti kumpulan busker tempatan

Pihak penganjur juga mengatakan mereka telah meletakkan kumpulan busker tempatan untuk hiburan serta mengadakan program agihan bubur lambuk pada 7 April 2023 dimana agihan 500 bungkus untuk awam berjaya dilaksanakan.

Fasiliti seperti surau,tandas mudah alih dan perhiasan di dalam tapak seperti lampu raya serta spotlight juga turut disediakan.

Namun segala perancangan yang dibuat tidak dapat menarik perhatian para pengunjung untuk bertandang ke Bazar tersebut mungkin kerana Kehadiran bazar tahun 2023 yang terlalu banyak.

Pada 3 April 2023 berlaku bencana alam yang tidak dapat dielakkan dimana bukan sahaja bazar stadium, tapi kebanyakkan bazar terkena musibah ini. Kerosakkan jualan peniaga di stadium melibatkan 10 vendor dimana barangan jualan rosak teruk, kanopi terbang dan jumlah kerugian anggaran dicatat Sebanyak RM 80K.

Menurut kenyataan
Isu 'Bazar Puaka' Di Stadium Kuching, Pihak Penganjur Tampil Bagi Penjelasan

Kanopi rosak akibat bencana alam telah ditukarkan

Dilaporkan lagi, pihak penganjur kemudiannya bertindak pantas menukar kanopi-kanopi yang rosak dan telah menulis surat kepada pihak berwajib memohon bantuan untuk membantu semua peniaga yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Ada dikalangan peniaga tidak mahu meneruskan perniagaan dan meminta “refund”. Tindakan pemulangan semula wang ini walaubagaimanapun tidak dapat ditunaikan oleh pihak penganjur kerana peniaga telah bersetuju dengan polisi menyertai bazar POSARAYA dimana risiko adalah tangungan sendiri.

Harga tapak yang ditawarkan kepada peniaga adalah berdasarkan keluasan yang mereka perlukan. RM 3,150 adaah untuk saiz tapak 20×20 dan mengikut harga pasaran bersesuaian dengan kos yang ditanggung oleh penganjur.

Bukan sekadar kerana polisi tersebut, penganjur juga telah membayar kos yang tinggi sewaan peralatan bazar dan sebagainya menyebabkan “refund” agak mustahil untuk dilaksanakan. Pihak penganjur memandang Serius terhadap semua tuduhan dan fitnah di Media sosial Berhubung bazar tersebut dan atas nasihat peguam tindakan guaman akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut peruntukkan undang-undang.

Menurut kenyataan

Apapun, diharap agar terdapat penyelesaian di antara kedua-dua belah iaitu, pihak peniaga dan juga penganjur di Bazar berkenaan.

Sebelum ini tular netizen luah rasa kesal dengan sebuah bazar Ramadan di Kuching:

‘Bazar Puaka’, Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching
SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kombinasi Unik Dengan Rasa Mantap, Anda Perlu Cuba Roti John Madu Cheese Leleh Di Bazaar Satok Ini
Next Article Tiada Pilihan Bayar 'Online' Di Bazaar, Netizen Bersetuju Pilihan Itu Harus Ditawarkan Tiada Pilihan Bayar ‘Online’ Di Bazaar, Netizen Bersetuju Pilihan Itu Harus Ditawarkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?