• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

ITOK FEST 2026 Bakal Satukan Muzik Malaysia dan Indonesia di Kuching Oktober Ini

Oleh
Ismail NA
15 Julai 2026
Kongsi
3 Min Bacaan

Kuching Bakal Bergema dengan Irama Lagu Timur dan Hipdut dari Indonesia

ITOK FEST 2026 Bakal Satukan Muzik Malaysia dan Indonesia di Kuching Oktober Ini. Kuching bakal menjadi pentas kepada sebuah festival muzik baharu yang membawa misi lebih besar daripada sekadar hiburan apabila ITOK FEST 2026 menghimpunkan artis dari Malaysia dan Indonesia dalam usaha memperkukuh hubungan budaya serantau.

Festival yang dijadual berlangsung pada 3 Oktober 2026 di Perkarangan Stadium Sarawak itu bukan sahaja menampilkan persembahan muzik, malah membawa aspirasi untuk menjadikan Sarawak sebagai hab budaya dan kreatif di rantau Asia Tenggara.

Muzik Viral TikTok dari Indonesia Bakal Gegarkan ITOK FEST 2026

Antara penampilan utama untuk ITOK FEST 2026 adalah Silet Open Up dan kumpulan viral dari Indonesia, Warga Koplo, selain barisan artis lokal seperti Naki, dan Ziji Q, serta artis Indonesia lainnya seperti Robokop, Drasska, dan DJ Rocatz yang bakal memeriahkan pentas festival.

ITOK FEST 2026 Bakal Satukan Muzik Malaysia dan Indonesia di Kuching Oktober Ini
Penampilan khas headline utama, Silet Open Up semasa Majlis Pelancaran ITOK FEST 2026 hari ini, 15 Julai 2026.

Menurut penganjur, pengunjung boleh menjangkakan gabungan muzik moden dan elemen tradisional Asia Tenggara yang disusun bagi memberikan pengalaman festival yang berbeza daripada kebiasaan.

ITOK FEST 2026 Bakal Satukan Muzik Malaysia dan Indonesia di Kuching Oktober Ini

Namun, ITOK FEST 2026 bukan hanya mengenai persembahan muzik.

Festival ini turut mengumumkan kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Persatuan Orang Buta Sarawak, di mana sebahagian daripada inisiatif festival akan disalurkan bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan kepada komuniti orang kurang upaya penglihatan di negeri ini.

Pengarah Festival ITOK FEST merangkap Pengarah Urusan VM Global Events, Salleh Mohidin, berkata festival itu diwujudkan sebagai jambatan budaya yang meraikan warisan bersama Malaysia dan Indonesia, sambil memberi impak positif kepada komuniti tempatan melalui pelbagai inisiatif sosial.

Tiket jualan untuk early bird ITOK FEST 2026 juga telah habis terjual, dan kini memasuki fasa Advanced 1, Advanced 2 dan seterusnya harga asal.

ITOK FEST 2026 Bakal Satukan Muzik Malaysia dan Indonesia di Kuching Oktober Ini

ITOK FEST 2026 Turut Menampilkan Festival Village untuk Mengangkat Ekonomi Tempatan

Selain persembahan utama, kawasan festival turut akan menampilkan festival village yang menghimpunkan pelbagai gerai dan aktiviti, sekali gus membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk berniaga serta memperluaskan promosi jenama masing-masing.

Pihak penganjur turut memaklumkan bahawa mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan festival berlangsung dalam suasana yang selamat, mesra keluarga serta bebas daripada dadah dan alkohol.

Dalam jangka panjang, ITOK FEST dirancang untuk berkembang sebagai acara tahunan yang menghubungkan artis serantau dan memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai salah satu destinasi utama industri kreatif Asia Tenggara.

Tiket serta maklumat lanjut mengenai festival boleh didapati melalui platform Ticket2U.

Jika anda merancang untuk ke Pontianak, bandar Indonesia yang terdekat dengan Sarawak, baca juga artikel ini:

Ini 6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’ Pontianak
Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 Gabung Pengalaman Beli-Belah, Cabaran dan Destinasi Pelancongan Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?