• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengandungi Racun, Jabatan Kesihatan Haramkan Penjualan Coklat Ini

Oleh
Nazihah AN
18 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Mengandungi Racun, Jabatan Kesihatan Haramkan Penjualan Coklat Ini

Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu Belum Kesan Produk Slymchoco di Pasaran

Mengandungi Racun, Jabatan Kesihatan Haramkan Penjualan Coklat Ini. Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu setakat ini belum mengesan produk Slymchoco atau Slymochoco coklat yang dijual secara terbuka di pasaran di sini selepas penjualan dan penggunaannya diharamkan oleh Kementerian Kesihatan.

PKB berkata, proses pemantauan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil sekiranya produk itu didapati di sini.

Mengandungi Racun, Jabatan Kesihatan Haramkan Penjualan Coklat Ini

Kementerian Kesihatan Haramkan Slymchoco Mengandungi Racun Berjadual

“Setakat ini, kami belum mengesannya (Slymchoco atau Slymchoco coklat) dijual secara terbuka. Kami masih memantau dan akan mengambil tindakan sekiranya (produk itu) dijumpai,” kata PKB hari ini.

Pada 16 Mac, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan menyatakan telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Slymchoco atau Slymochoco coklat selepas produk itu didapati mengandungi racun berjadual, Sibutramine, sebatian kimia yang bertindak sebagai penahan selera makan.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan mengingatkan peniaga di kedai dan dalam talian supaya menghentikan penjualan produk tersebut dengan serta-merta dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Kementerian Kesihatan juga mengarahkan semua media pengiklanan, termasuk di platform e-dagang dan media sosial, agar menghentikan pengiklanan produk makanan yang diharamkan itu.

“Orang awam mesti berhenti mengambil produk itu dengan segera dan mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan,” katanya dengan menasihati pengguna agar lebih berhati-hati dan berwaspada ketika membeli produk makanan yang mungkin dicampurkan dengan bahan terlarang.

Mengandungi Racun, Jabatan Kesihatan Haramkan Penjualan Coklat Ini

Kementerian Kesihatan menyatakan berdasarkan data dari kajian antarabangsa dikenali sebagai ‘Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study (SCOUT)’, Sibutramine didapati meningkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok pada pesakit obes.

Selain itu, Kementerian Kesihatan berkata di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak menyediakan atau menjual produk makanan yang mengandungi bahan beracun dan berbahaya, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara selama 10 tahun atau kedua-duanya.

Baca juga artikel di bawah:

Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM
KKM Haramkan Trend Kopi Arang, Pencetus Kanser Buat Coffee Lover
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Bulan Puasa Di Samarahan Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan
Next Article Mandi Kolam Sambil Lihat Gunung Kinabalu, Nikmati Percutian Di D’masanog Gardenstay & Camping

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?