• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penggunaan Kad Kredit Korporat Punca Syarikat Pelancongan Bumiputera Terjejas Teruk

Oleh
Nazihah AN
31 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Penggunaan Kad Kredit Korporat Punca Syarikat Pelancongan Bumiputera Terjejas Teruk

MATTA Desak Kerajaan Nilai Semula Penggunaan Kad Kredit Korporat

Penggunaan Kad Kredit Korporat Punca Syarikat Pelancongan Bumiputera Terjejas Teruk. Kira-kira 60 peratus syarikat ejen pelancongan Bumiputera dijangka terjejas ekoran pelaksanaan penggunaan Kad Kredit Korporat Kerajaan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Menurut Timbalan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sheikh Awadh Sheikh Abdullah, perubahan ini memberi kesan besar apabila kementerian, jabatan, agensi, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) cenderung membuat pembelian terus daripada syarikat penerbangan dan hotel, berbanding menggunakan khidmat ejen pelancongan.

Penggunaan Kad Kredit Korporat Punca Syarikat Pelancongan Bumiputera Terjejas Teruk

Kesan Kad Kredit Korporat Terhadap Ejen Pelancongan Bumiputera

Sheikh Awadh menyatakan bahawa pelaksanaan pekeliling ini mengurangkan keperluan menggunakan khidmat ejen pelancongan Bumiputera, seolah-olah perkhidmatan mereka tidak lagi relevan. Berdasarkan tinjauan dalaman MATTA, ejen pelancongan Bumiputera kini mengalami penurunan pendapatan yang ketara. Malah, kajian tersebut mendapati bahawa 100 peratus ejen pelancongan Bumiputera menawarkan perkhidmatan seperti penjadualan semula, pembatalan, dan perubahan jadual perjalanan yang membantu kerajaan mengelakkan kos tambahan bagi pembelian baru.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MATTA, beliau turut menekankan bahawa sekitar 65 peratus ejen terpaksa menanggung sendiri kos operasi bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar tanpa membebankan kerajaan.

Beliau turut menambah, walaupun pembelian tiket secara terus dari syarikat penerbangan kelihatan lebih menjimatkan, hakikatnya harga tiket bergantung kepada kaedah harga boleh ubah yang dipraktikkan oleh kebanyakan syarikat penerbangan. Ini bermakna, harga tiket akan berubah mengikut permintaan dan masa, yang akhirnya menimbulkan ketidakpastian dalam anggaran kos sebenar.

Menurutnya lagi, ejen pelancongan bukan sahaja membantu dalam perbandingan harga, malah mereka juga menyediakan sokongan untuk pembatalan atau perubahan tempahan. Perkhidmatan ini memberikan kestabilan harga dan ada kalanya lebih murah, selain membantu kelancaran proses perjalanan. Berdasarkan pemerhatian MATTA, ejen pelancongan sebenarnya menyediakan opsyen yang lebih mampan dan stabil berbanding pembelian secara terus.

Beliau turut berkongsi statistik yang menunjukkan 76.5 peratus syarikat pelancongan mencatatkan penurunan keuntungan tahun lalu, manakala 65 peratus lagi menanggung kerugian melebihi RM500,000 sejak tahun 2022. Oleh itu, MATTA merayu kepada kerajaan untuk menilai semula pelaksanaan pekeliling ini demi memastikan syarikat ejen pelancongan Bumiputera terus diberi peluang menyokong jabatan dan agensi kerajaan, serta GLC.

MATTA turut menggesa supaya keseimbangan diwujudkan antara penjimatan kos dan sokongan terhadap industri kecil dan sederhana (IKS) Bumiputera untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Tasik Kuari Lama Bakal Menjadi Destinasi Pelancongan Di Kuching
Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peluang Peniaga Tempatan Mohon Kiosk Pop-Up Di Airport Kuching Dan KK Kini Dibuka
Next Article Ini Jadual Penuh Regatta Sarawak 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?