• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

‘Pakej Murah Atau 5 Bintang Hidangan Sama Sahaja’, Pengurus F&B Dedah Realiti Sebenar Bufet Ramadan

Oleh
Farisha
28 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Benarkah Bufet Ramadan Berbaloi? Pengurus F&B Dedah Realiti Sebenar

Pakej Murah Atau 5 Bintang Hidangan Sama Sahaja, Pengurus F&B Dedah Realiti Sebenar Bufet Ramadan. Apabila bulan Ramadan tiba, banyak hotel dan pemilik restoran mula menawarkan pakej bufet berbuka puasa tanpa had untuk para peminatnya. Semakin tinggi harga pakej tersebut, semakin mewah juadah yang ditawarkan kepada anda.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada ianya benar-benar berbaloi seperti yang diperkatakan atau hanya promosi untuk mendapat keuntungan besar daripada pelanggan.

Sumber: TikTok

Namun, menerusi laman TikTok, seorang pengurus dalam bidang makanan dan minuman (F&B), Tuan Saify Ahktar mendedahkan realiti sebenar mengenai pakej bufet berbuka puasa yang dianggap berbaloi oleh ramai orang.

Tidak kira pakej murah atau 5 bintang, hidangan sama sahaja

Tuan Saify menyatakan bahawa semua bufet Ramadan ini sama sahaja, tidak kira pakej murah atau di hotel 5 bintang sekalipun. Tawaran bufet melebihi RM60 dianggap sebagai penipuan sedangkan kualiti hidangan yang disediakan setiap restoran tetap sama.

Beliau menjelaskan walaupun banyak makanan mahal diletakkan di meja hidangan, kebanyakan pelanggan akan mula berbuka dengan makanan murah seperti kuih-muih, bubur dan minuman manis yang menyebabkan anda cepat kenyang.

Setelah perut penuh, rata-rata orang hanya dapat makan hidangan utama dalam kuantiti sedikit. Disini pelanggan sebenarnya rugi kerana tidak dapat menikmati makanan setara dengan wang yang dibelanjakan.

Dapat keuntungan setara 6 bulan iaitu 3x hingga 5x kali ganda

Malah, Tuan Saify mendedahkan penyedia bufet hanya memberi tumpuan pada bulan Ramadan sahaja kerana boleh mendapat keuntungan setara 6 bulan iaitu 3 hingga 5 kali ganda disebabkan kos yang rendah.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang isu pembaziran makanan berlebihan yang berlaku di Malaysia akibat wujudnya bufet seperti ini. Jumlah pembuangan sisa makanan di Malaysia konsisten meningkat setiap tahun.

@saify.akhtar

Bro, kalau you bayar more than RM60 for Ramadan Buffet, you dah kena scam! It’s all about quantity, bukan quality tau. Sini I share to all of you about the darkside of Ramadan Buffet. If you nak sangat makan buffet, tunggu bos or your client jemput, then baru you pergi. Correct or not? #Buffet #BukaPuasa #Puasa #Ramadan #KLFoodie #ResipiMudah #ResipiBuka #Foodie #BuffetPuasa #BuffetTerbesar #MenuViral #MalaysiaFoodie #ResipiSimple

♬ original sound – Saify Akhtar – Saify | Correct or Not?

Nasihatnya untuk orang ramai memilih menu ala-carte berbanding bufet

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk memilih menu ala-carte sahaja jika ingin membelanjakan lebih daripada RM60 kerana kualiti lebih terjamin di samping mendapat layanan terus ke meja berbanding di bufet-bufet.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat menarik untuk berbuka puasa:

Bufet Ramadan VH Green Nature Park, Pengalaman Berbuka Dalam Taman
Papparich Lancar Set Menu Istimewa Ramadan
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Buru Suspek Ragut Dua Beranak Dihadapan Gereja Di Miri Polis Buru Suspek Ragut Dua Beranak Dihadapan Gereja Di Miri
Next Article Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?