• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kapal Marin Beroperasi Bersama Petronas Terlibat Penyelewengan Diesel Di Sabah Sarawak

Oleh
Ismail NA
26 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Aktiviti haram tersebut dilaporkan telah dilakukan sejak awal tahun 2023

Kapal Marin Beroperasi Bersama Petronas Terlibat Penyelewengan Diesel Di Sabah Sarawak. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel yang dimiliki oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi penahanan sembilan individu di Sabah dan Sarawak, dari 9 hingga 11 Januari yang lalu.

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, menyatakan bahawa sebuah kapal marin yang beroperasi bersama Petronas didapati telah menjual minyak diesel milik Petronas tanpa izin.

Kapal Marin Beroperasi Bersama Petronas Terlibat Penyelewengan Diesel Di Sabah Sarawak
Kapal Marin Beroperasi Bersama Petronas Terlibat Penyelewengan Diesel Di Sabah Sarawak. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. Kredit foto: Utusan Malaysia

Mereka yang ditangkap, berumur antara 32 hingga 61 tahun, terdiri daripada kapten kapal, jurutera perkapalan, anak kapal, serta agen penjual dan pembeli minyak.

Kegiatan haram tersebut dipercayai telah beroperasi sejak awal tahun 2023 berdasarkan hasil siasatan pihak polis.

Kapten dan anak kapal diberkas semasa Op Khas 1/2024

Penangkapan tersebut dilakukan semasa Op Khas 1/2024 yang dijalankan di beberapa lokasi termasuk Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Papar, Kota Marudu di Sabah dan juga di Miri, Sarawak. Ops tersebut juga telah merampas pelbagai jenis telefon bimbit.

Salah seorang suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 3, Kota Kinabalu, Sabah dan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 17 Januari lalu.

Beliau menambah, suspek yang merupakan kapten kapal berumur 60 tahun, telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan.

Akhir tahun lalu, pihak KPDN Sarawak juga telah menggempur sarang penyembunyian diesel di Batu Kitang Kuching:

KPDN Sarawak Rampas 12 Ribu Liter Diesel Disembunyikan Di Batu Kitang
Kantoi Simpan Diesel Subsidi Dalam 36 Tong Besar Dalam Stor, Dua Lelaki Sri Aman Berjaya Ditahan
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PDRM Sarawak Tumpaskan Sindiket Dadah Terbesar Tahun Ini Bernilai RM 848,100
Next Article Bernilai Lebih RM 100 Juta, Jalan Raya Berhias ‘Boulevard’ Akan Dibina Tahun Ini Di Kota Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?