Sarawak dan batu-batu misterinya
Ini Adalah Antara Kisah Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak. Di sebalik luaran moden Sarawak yang dikelilingi oleh bangunan dan infrastruktur lain, terdapat banyak kisah mitos di dalamnya. Antaranya adalah kisah yang berkaitan dengan batu misteri.
1. Batu stalagmit dan stalaknit dalam Gua Pari-Pari (Bau)
Juga digelar Fairy Cave, gua ini terletak berhampiran bekas perlombongan emas di Bau dan sekitar 40km dari Kuching.
Selain menjadi tarikan pelancong, gua ini juga mempunyai kisah mistik tersendiri. Terdapat beberapa versi cerita ini tetapi yang paling popular adalah kisah seorang kanak-kanak miskin yang diejek sehingga menyebabkan sebuah kampung disumpah menjadi batu.

Menurut lagenda, seorang ibu tunggal tinggal bersama anak lelakinya. Mereka berdua hidup dalam serba kekurangan. Walaupun begitu, mereka sangat menyayangi satu sama lain.
Ketika perayaan Gawai tiba, budak lelaki itu ingin turut serta dalam perayaan terbabit. Namun, semasa perayaan itu, kanak-kanak tersebut diperlakukan dengan tipu muslihat oleh salah seorang penduduk kampung.
Marah pada penduduk kampung kerana memperlakukan anaknya dengan cara jahat, si ibu memutuskan untuk membalas dendam.
Si ibu mengenakan seekor kucing dengan pakaian yang cantik lalu melemparkannya ke tengah perayaan Gawai penduduk kampung tersebut. Melihat seekor kucing memakai pakaian, kesemua penduduk kampung itu ketawa.

Tindakan mereka yang mentertawakan kucing itu telah menyebabkan langit mengaum dengan guruh dan menyala dengan kilat. Apabila ribut itu berhenti, ia telah didapati bahawa para penduduk kampung tersebut telah menjadi batu.
Ia dikatakan bahawa batu-batu inilah yang membentuk stalagmit dan stalaktit di dalam Gua Pari-Pari.
2. Kisah Batu Di Sebauh (Daerah Bintulu)
Kuil Natok Kon Sebauh atau juga dikenali sebagai Sebauh Floating Temple adalah sebuah kuil terletak di daerah Bintulu. Seperti namanya, kuil ini umpama sebuah kuil yang terapung di atas air.

Pulau di mana ia berada mempunyai kisah seperti bagaimana ia wujud menjadi batu. Seperti kisah-kisah lain, terdapat pelbagai versi untuk kisah ini tetapi yang paling terkenal adalah tentang pelaut yang berubah menjadi batu kerana membuat makanan mereka menjadi bahan mainan.
Menurut lagenda, sekumpulan pelaut berlabuh di Sebauh. Tukang masak mereka menyediakan bubur linut/sago sebagai hidangan. Linut/sago terkenal dengan teksturnya yang melekit.

Kerana teksturnya, para pelaut bermain dengannya dan saling mengejek sesama sendiri. Tiba-tiba, langit menjadi gelap dan angin bertiup kencang. Ribut hujan batu melanda atas kapal mereka dan mengubah semua benda disentuh menjadi batu, termasuk para pelaut tersebut.
Kisah ini dipercayai bagaimana pulau (di mana tempat kuil itu berada) itu terbentuk.
3. Lagenda Kampung Marup (berhampiran Lubok Antu)
Cerita ini diceritakan oleh Margaret Brooke, ranee pertama di Sarawak, menerusi bukunya My Life In Sarawak.

Menurut kisah, pada suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kampung iaitu Kampung Marup. Pada satu hari, seorang gadis pergi memancing ikan dan berjaya menangkap seekor ‘ikan pasit’.

Apabila gadis ini sedang menyiapkan ikan, salah seekor dari ikan pasit ini melompat dan menyentuh payudaranya. Gadis itu kemudian berkata,
“Apa kau buat? Kau fikir kau suami saya?”
Gadis itu terus ketawa dan orang sekeliling yang berada di sana juga ketawa. Penduduk lain yang mendengar kekecohan tersebut turut datang dan ketawa sekali.
Tiba-tiba, langit di atas bertukar menjadi kelabu dan angin kencang bertiup disertai kilat. Kemudian, sebuah ribut hujan ais melanda. Batu hujan turun tanpa henti dan memukul semua orang termasuk rumah mereka.

Setelah itu, ia didapati kesemua penduduk kampung tersebut telah menjadi batu kecuali gadis tadi.
Walaupun gadis itu berubah menjadi batu, perubahannya hanya sampai ke bahu dan hanya leher dan kepalanya yang tidak berubah.
Bersama dengan seluruh kampungnya, seluruh rumah panjang dan penduduknya jatuh ke sungai. Malangnya bagi gadis itu, dia hidup bertahun-tahun dengan hanya mempunyai batu sebagai tubuhnya.

Ramai cuba mengakhiri penderitaannya dengan memukulnya dengan pisau tetapi tidak berjaya. Sehingga suatu hari, seorang lelaki yang mendengar tangisannya datang. Seperti orang-orang lain sebelumnya, lelaki ini berusaha memukul kepalanya dengan kapak dan pedang tetapi tidak berjaya.
Akhirnya dia memukulnya dengan sebuah gelendong dan tangisannya akhirnya terhenti. Kepala dan lehernya perlahan-lahan berubah menjadi batu.
Ia dipercayai Kampung Marup terletak tidak jauh dari Lubok Antu.