• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri

Oleh
ILB - AI
5 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerap tiada bekalan, banyak juga tangkapan individu ada minyak diesel secara haram di Miri

Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri. Rasanya bukan sekali dua kita dengar keluhan rakyat tentang isu kekurangan bekalan minyak diesel bersubsidi terutamanya di Bandaraya Miri yang seperti tiada kesudahan.

Kerap tiada bekalan, tetapi ironinya banyak juga tangkapan-tangkapan yang dilakukan kerana memiliki minyak diesel bersubsidi ini secara haram. Mungkin ini penyebab isu ini dihadapi oleh penduduk di Miri.

Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri
Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri. Sumber gambar: PISTON.MY

2 individu berusia 39 dan 49 tahun ditahan kerana memiliki 8,000 liter minyak diesel

Pada Khamis yang lalu, 2 orang individu yang berusia 39 dan 49 tahun telah ditahan kerana didapati memiliki minyak diesel bersubsidi secara haram. Dalam serbuan itu juga, mereka berdua didapati memiliki sebanyak 8,000 liter minyak diesel tersebut.

Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri
Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri. Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Kedua-dua lelaki tersebut ditahan semasa serbuan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah premis di Sungai Baong, Miri.

Menurut ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil, sebuah tongkang dan sebuah lori telah dirampas kerana hal siasat juga mendapati kedua-dua barang rampasan tersebut terisi dengan minyak diesel. Lori yang dirampas tersebut turut dipercayai sebagai pengangkutan utama untuk mendapatkan diesel dari stesen minyak di sekitar Miri sebelum dipindahkan ke dalam tongkang.

Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri
Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Bukan itu sahaja, hasil serbuan juga mendapati bahasa premis tersebut tidak memiliki sebarang dokumen sah yang membuktikan urusan mereka memiliki minyak diesel bersubsidi ini adalah secara haram.

Jadi, hasil daripada serbuan ini, nilai barang rampasan telah dianggarkan sebanyak RM101,450 dimana nilai ini termasuk dengan nilai minyak sebanyak RM11,450 dan barang rampasan yang dianggarkan sekitar RM90,000.

Boleh dikatakan banyak juga isu berbangkit yang melibatkan minyak diesel bersubsidi ini dan artikel berkaitan boleh dibaca dibawah:

Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel
Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu
SUMBER :PISTON.MYFB KPDNHEP-Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup
Next Article Konsert NCT 127 Terpaksa Dihentikan, Lebih 30 Orang Peminat Di Indonesia Pengsan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?