• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak

Oleh
ILB - AI
24 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelbagai hasil buah-buahkan yang dipasarkan

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak. Di sini terdapat perkongsian maklumat tentang enam jenis buah yang popular di pasaran tamu Sarawak. Sebahagian besar buah-buahan yang ditanam di Sarawak juga ditanam di semenanjung. Hanya beberapa buah sahaja dalam kategori dibawah jarang ditemui di semenanjung tetapi masih wujud di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • 1. Terung Asam atau terung Iban
  • 2. Buah Engkalak
  • 3. Buah Embang
  • 4. Buah Dabai
  • 5. Buah Pelajo

1. Terung Asam atau terung Iban

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak
Sumber: borneo dictionary

Buah ini mempunyai rasa masam. Selalunya digunakan dalam penyediaan gulai asam. Rasanya memang perghhh…memang mengeliurkan. Kalau dimasak pedas memang setaraf gulai asam pedas Melaka. Buah ini sangat mudah ditanam malah boleh dijadikan tanaman kontan, sama ada di rumah mahupun di kebun atau kampung.

2. Buah Engkalak

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak
Sumber: flickr

Buah ini bermusim, berwarna merah jambu atau ‘pink’. Namun, isinya berwarna putih susu dan mempunyai rasa berlemak. Rasanya lebih nikmat apabila dibubuh dengan kicap dan garam serta dihidangkan bersama nasi. Ia mudah didapati di pasar tamu di Sarawak.

3. Buah Embang

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak
Sumber: borneo talk

Buah mawang adalah nama lain bagi buah ini. Isinya berwarna kuning seperti buah kuini. Malah, kulitnya tebal dan sangat menyelerakan dan sedap. Pokok Embang banyak terdapat di kampung-kampung di tepi jalan atau berhampiran kubur,sebab itu pokok ini dikaitkan dengan cerita seram di kampung.

4. Buah Dabai

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak
Sumber: Google

Disebabkan dijual dengan harga tinggi pada awal dan akhir musim, dabai mempunyai nilai komoditi yang tinggi. Sekarang pun dah ada gred untuk buah Dabai ini, ada yang bersaiz sekeping lima puluh sen. Dabai adalah buah kebanggaan Sarawak, mempunyai rasa yang enak, berlemak, pedas yang ditambah dengan kicap dan garam, memang mengalir air liur.

5. Buah Pelajo

Ketahui 5 Jenis Buah Popular Di Pasar Tamu Sarawak
Sumber: Facebook

Ramai yang tersalah anggap apabila melihat buah ini sebagai kacang atau kuaci. Ia adalah buah-buahan dan rasanya berminyak, bahkan pedas apabila digoreng. Pelajo goreng masin ini lebih sedap kalau dicampurkan dengan garam atau kicap.

Baca juga kisah yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/kenali-4-jenis-buah-rare-yang-hanya-boleh-anda-temui-di-sarawak/
Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Mengundang Salmonella, Ini Cara Untuk Anda 'Defrost' Ayam Dengan Cara Yang Betul Boleh Mengundang Salmonella, Ini Cara Untuk Anda ‘Defrost’ Ayam Dengan Cara Yang Betul
Next Article Amalan Wanita Haid Di Hari Raya Aidilfitri Yang Boleh Dilakukan, Tetap Mendapat Pahala

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?