I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan

Oleh Aina Musa 21 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan

Ngayau, tradisi turun temurun dari suku dayak

Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan. Sepanjang sejarah peradaban dunia, manusia telah berperang melawan satu sama lain. Peperangan ini melibatkan kuasa, tempat dan kawasan takluk. Setiap peperangan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan akan berakhir dengan kematian.

Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan
Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan. Sumber: Vocket

Bagi yang menang dalam perang, semestinya mereka akan meraikan. Tetapi tahukah anda, kemenangan juga diraikan dengan memenggal kepala mangsa dan menyimpannya sebagai trofi kemenangan.

Itulah yang terjadi di kawasan Borneo dengan beberapa suku kaum akan memenggal kepala mangsa sebagai lambang kemenangan. Ada juga yang menjadikan kepala itu sebagai ritual keagamaan.

Tradisi ini sebagai lambang kemenangan, kejantanan dan seumpamanya

Suku kaum ini mengumpul kepala pahlawan yang berjaya ditewaskan oleh mereka sebagai trofi dan membawa kepala itu pulang untuk diikat di tiang rumah.

Kaum Iban di Sarawak umpamanya, mereka percaya bahawa seorang lelaki yang membawa pulang kepala adalah lambang kepada kejantanan. Tambahan pula, mereka akan di angkat sebagai orang yang terhormat di kalangan suku kaum mereka.

Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan

Bagi kaum Murut pulak, mereka lebih ganas. Walaupun suku kaum Iban memenggal kepala untuk dijadikan trofi. Masyarakat Murut lebih kejam dan hardcore daripada itu.

Melalui kepercayaan kaum Murut, mana-mana lelaki yang gagal memenggal sekurang-kurangnya dua kepala akan dipandang serong dalam komuniti mereka. Manakala bagi yang mahu berkahwin, mereka diwajibkan untuk mendapatkan satu kepala.

Apa yang kejam dan hardcore adalah kaum Murut tidak mempunyai belas kasihan, mereka akan memenggal kepala sesiapa sahaja yang mereka jumpa tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak.

Turut diamalkan oleh kaum Murut satu ketika dahulu

Cara memotong kepala mereka berbeza dengan suku kaum yang berbeza. Dyaks Laut (Iban), misalnya, memotong kepala di leher dan memelihara kedua-dua rahang. Di antara Kelabit, Kenyah dan suku-suku lain. Kepala akan dipotong dengan sangat ganas menggunakan parang.

Ketahui Tradisi Ngayau, Adat Suku Dayak Berburu Kepala Musuh Yang Menyeramkan

Ada juga beberapa suku kaum yang lain memotong kepala dengan mengeluar otak mereka dan menjemur kepala tersebut di bawah unggun api. Kulit dagu atau pipi yang sudah terbakar akan dimakan oleh mereka.

Mereka percaya dengan memakan kulit pemangsa, jiwa mereka akan bertambah berani dan mereka tidak akan takut dengan apa-apa.

Biar apa pun motifnya, amalan memenggal kepala orang telah menimbulkan rasa takut kepada orang ramai. Walau pun sudah lama budaya ini berlalu, rasa seram sejuk masih boleh dirasai bagi pengunjung yang pernah hadir ke rumah panjang. Sehingga kini, peninggalan tengkorak kepala masih boleh dilihat hasil peninggalan nenek moyang mereka dahulu.

SUMBER : Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tumpas Kepada Ecuador, Qatar Jadi Tuan Rumah Pertama Tewas Dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia
Next Article Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?