• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kongsi Resepi Sambal Garing Engkalak, Video TikTok Wanita Ini Buat Netizen Terliur

Oleh
Husna Hazmi
21 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Sambal Garing Engkalak!

Kongsi Resepi Sambal Garing Engkalak, Video TikTok Wanita Ini Buat Netizen Terliur. Banyak didapati di Pulau Borneo dan amat popular di Sarawak, Engkalak atau nama saintifiknya ‘Litsea garciae‘ fruit adalah sejenis buah bewarna merah jambu yang menjadi makanan kegemaran penduduk di sini.

Pokok buah Engkalak adalah daripada keluarga Lauraceae yang sama dengan pokok Avocado menjadikan buah eksotik ini mempunyai rasa lemak-lemak seakan buah Avocado! Jika anda penggemar merupakan penggemar buah Avocado, anda perlu mencuba buah Engkalak ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda.

Kongsi Resepi Sambal Garing Engkalak, Video TikTok Wanita Ini Buat Netizen Terliur
Kongsi Resepi Sambal Garing Engkalak, Video TikTok Wanita Ini Buat Netizen Terliur. Kredit foto: TikTok cherryoscar978

Biasanya dimakan dengan cara rendam dalam air suam-suam panas

Biasanya dimakan dengan cara direndam dalam air suam-suam panas, buah Engkalak selalunya dinikmati bersama sedikit garam dan dihidangkan sebagai menu sampingan. Walaupun cara penyediannya amat simple, namun buah ini lah menjadi penambah selera yang boleh membuatkan anda bertambah-tambah nasi sehingga 3 pinggan.

Mendapat 55.3K tontonan di TikTok (setakat artikel ini ditulis), seorang wanita ini telah berkongsi sebuah video yang unik serta menarik perhatian ramai dengan memasak sambal garing buah Engkalak. Walaupun ramai yang gemar akan buah ini, namun resepi sambal garing Engkalak ini agak jarang diketahui.

Kongsi Resepi Sambal Garing Engkalak, Video TikTok Wanita Ini Buat Netizen Terliur
Kredit foto: TikTok cherryoscar978

Wanita ini juga berkongsi resepi sambal garing Engkalaknya di ruangan komen di mana anda memerlukan:

Bahan A (cincang halus atau boleh di blend):

  1. Ikan bilis/Udang kering
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Belacan
  5. Cili
  6. Gula, Garam dan Ajinamoto

Bahan B:

  1. Buah Engkalak (buang bijinya)

Tumiskan dahulu semua dahulu semua bahan A yang telah dicincang halus sehingga garing kemudian step yang terakhir anda perlu masukkan buah Engkalak anda dan tumiskannya sebantar bersama dengan sambal tersebut. Pastikan anda tidak memasak buah Engkalak tersebut terlalu lama untuk mengelakkannya menjadi soggy.

Kongsi Resepi Sambal Garing Engkalak, Video TikTok Wanita Ini Buat Netizen Terliur
Kredit foto: TikTok cherryoscar978

Netizen terliur dan tak sabar nak cuba resepi sambal garing Engkalak

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya berasa teruja melihat resepi yang unik tersebut. Selain dari rasa teruja, netizen juga terliur dan tidak sabar untuk mencuba sendiri resepi enak perkongsian wanita di TikTok ini.

Jadi buat anda di luar sana yang gemar makan buah Engkalak, anda boleh cuba resepi ini di rumah dan kongsikannya bersama orang yang tersayang.

Ketahui lagi buah menarik dan resepi menarik di sini:

Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini
Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba
SUMBER :TikTok cherryoscar978
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bonus Dah Masuk, Ini Cara Untuk Anda Urus Kewangan Anda Dengan Mudah Bonus Dah Masuk, Ini Cara Untuk Anda Urus Kewangan Anda Dengan Mudah
Next Article Hidang Menu Western Autentik, Hidden Cafe Jaw's Shack Ini Bakal Jadi Port Lepak Anda Hidang Menu Western Autentik, Hidden Cafe Jaw’s Shack Ini Bakal Jadi Port Lepak Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?