• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Le Tour de Langkawi Buat Comeback Di Sabah dan Sarawak Selepas 23 Tahun

Oleh
Ismail NA
29 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kembali Ke Malaysia Timur Sempena Sambutan Jubli Perak LTDL

Le Tour de Langkawi Buat Comeback Di Sabah dan Sarawak Selepas 23 Tahun
Kredit : Malaysia.Travel

Le Tour de Langkawi Buat Comeback Di Sabah dan Sarawak Selepas 23 Tahun. Acara jelajah berbasikal paling berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi atau LTdL edisi 2020 bakal melakukan comeback di bumi Sabah dan Sarawak. Jelajah tersebut kembali setelah 23 tahun tidak diadakan di negeri Malaysia Timur itu. Tambahan pula, perlumbaan untuk edisi kali ini diubah kepada siri profesional seperti yang diperkenalkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir LTdL diadakan di Sabah dan Sarawak adalah pada edisi tahun 1997. Oleh kerana kekangan kos penganjuran serta logistik yang tinggi, Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada sebahagian temasya LTdL sehinggalah edisi ke 25 pada tahun ini.

Penganjuran yang diadakan pada tahun ini juga dirancang dengan lebih awal dan rapi memandangkan ia menelan belanja kos tambahan yang besar.

Le Tour de Langkawi Buat Comeback Di Sabah dan Sarawak Selepas 23 Tahun
Kredit : Adi Safri via NSTP

Temasya berprestij ini akan berlangsung pada 6 hingga 15 Februari 2020. Sempena jubli perak ini juga, perlumbaan akan turut dipanjangkan kepada 10 peringkat berbanding 8 peringkat seperti kebiasaannya.

Siri jelajah akan memulakan kempen dengan peringkat race sejauh 86.7 km di Kota Kinabalu Criterium International, Sabah. Ia kemudiaan diikuti dengan peringkat pertama di Kuching, Sarawak mengikut loop sejauh 96.2 km.

Le Tour de Langkawi Buat Comeback Di Sabah dan Sarawak Selepas 23 Tahun
Le Tour de Langkawi Buat Comeback Di Sabah dan Sarawak Selepas 23 Tahun. Sumber : LTDL Langkawi

Peringkat selanjutnya akan diadakan di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia termasuk Kuala Terengganu, Temerloh, Putrajaya sebelum berakhir di Pulau Langkawi. Perlumbaan ini membabitkan jarak keseluruhan sepanjang 1,114.9 kilometer merentasi sembilan buah negeri seluruh Malaysia.

Sebuah Pasukan Dari China Sah Menarik Diri Akibat Kebimbangan Penularan Wabak Coronavirus

Hengxiang Cycling, pasukan dari China yang menarik diri.

Namun demikian, ekoran wabak coronavirus Wuhan yang melanda, sebuah pasukan dari China – Hengxiang Cycling, telah menarik diri kerana kebimbangan penularan. Namun demikian, dua pasukan lain dari China iaitu Giant Cycling dan Ssois Mioge Cycling Team akan melalui proses tapisan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Walau bagaimanapun, LTdL pada kali ini dijangka sengit dengan kehadiran pasukan profesional benua Itali, Afrika Selatan, Korea Selatan dan pasukan berbasikal nombor satu asia, Terengganu Inc Cycling Team (TSG).

Bagi membolehkan LTdL layak digelar siri perlumbaan profesional, pihak penganjur LTdL mensasarkan penyertaan sebanyak 10 pasukan berstatus WorldTeams. Menurut kriteria UCI, sesebuah siri jelajah dianggap sebagai siri profesional sekiranya mendapat penyertaan sekurang-kurangnya 6 pasukan berstatus WorldTeams.

Wah! Jarang-jarang dapat peluang lihat pasukan antarabangsa berlumba di Sabah Sarawak. Jangan lupa kita ‘ngerami’ sama-sama!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Ditahan, 5 Kertas Siasatan Dibuka Berkaitan Berita Palsu Wuhan Coronavirus
Next Article Disebalik Kekecohan Wuhan Coronavirus, 110 Orang Juga Telah Pulih Di China

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?