• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

Oleh
Ismail NA
18 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kuih Tradisional Yang Popular Menjelang Bulan Puasa Di Sarawak

Isi Isi Penting
  • Pembungkus
  • Bancuhan Tepung Beras
  • Bancuhan Santan *bergantung kepekatan
  • Bancuhan Telur
  • Gula Apong

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Jika anda merupakan seorang rakyat Sarawak atau pernah merasa suasana berpuasa di negeri ini, pasti anda akan terkenang akan sejenis kuih tradisional yang tak lapuk ditelan zaman iaitu kuih bongkol.

Mana tidaknya, setiap kali menjelang bulan puasa, kuih ini akan sentiasa menjadi buruan untuk dijadikan hidangan berbuka puasa atau pun moreh setelah sembahyang terawih di surau atau masjid.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

Ada juga yang menyebutnya sebagai kuih tongkol. Gelaran ini kebiasaannya berbeza mengikut daerah di negeri Sarawak. Apa-apa pun, ia tetap kuih yang sama.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nizam Syahredza, sebelum ini telah berkongsi resipi kuih bongkol kepada umum. Menurutnya, resipi yang dikongsikan ini merupakan resipi ibu nya dan menggunakan gula apong iaitu sejenis gula daripada nira pokok nipah atau apong.

Jom kita lihat resipi kuih bongkol ini!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Pembungkus

  • Daun pisang
  • Pelepah daun pisang (bentuk mengikut dalam video)
Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Pelepah daun pisang sebagai acuan untuk membentuk daun pisang.
Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Bentuk acuan kuih bongkol yang telah siap.

Bancuhan Tepung Beras

  • 1 bungkus tepung beras
  • 2 cawan air
  • Sedikit pes pandan

Bancuhan Santan *bergantung kepekatan

  • 500 gram santan pekat
  • 3 liter air
  • Daun pandan
  • Garam

Bancuhan Telur

  • 5 biji telur
  • 2 cawan santan
  • Esen vanilla
  • Gula
  • Pewarna kuning

Gula Apong

Cara-Cara Membuat

1. Campurkan bahan bancuhan tepung beras hingga sebati.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

2. Masukkan bancuhan santan yang sudah dimasak bersama daun pandan ke dalam bancuhan tepung beras.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

2. Gaul sehingga campuran bancuhan kelihatan pekat.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

3. Isikan gula apong ke dalam daun pisang yang telah dibentuk. Jika tiada gula apong, anda juga boleh menggunakan gula pasir biasa.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

4. Masukkan bancuhan tepung beras dan santan tadi ke dalam bungkusan daun pisang.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

5. Masukkan bancuhan telur pada lapisan atas.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

6. Kukus selama 20 – 30 minit atau sehingga daun nampak layu.

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

***Anggaran hidangan : 40-50 kuih

Jika bukan bulan puasa, agak susah untuk anda menjumpai penjaja menjual kuih bongkol ini. Tetapi kini, anda sudah boleh mencuba membuat kuih ini sendiri di rumah. Buat hari-hari biasa pun boleh. Tak payah tunggu puasa dah!

Selamat mencuba!

Baca juga resipi-resipi menarik di bawah:

Sajian Khas ‘Orang Lama’, Ini Resipi Kuih Bingka Biji Kelapa Sawit Yang Unik Dan Sedap
Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Lelaki Diperintah Berkelakuan Baik Gara-Gara Bergaduh Alih Kotak Gelandangan Di Kuching 2 Lelaki Diperintah Berkelakuan Baik Gara-Gara Bergaduh Alih Kotak Gelandangan Di Kuching
Next Article Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?