• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan

Oleh
Nazihah AN
26 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan

Sabah tidak boleh mencontohi Sarawak yang menolak polisi baharu DLP kerana situasi di Sabah berbeza – Pengarah JPN Sabah

Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan . Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memutuskan untuk mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mewajibkan sekurang-kurangnya satu kelas pengajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu untuk murid Tahun Satu yang melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bermula tahun ini.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan beberapa faktor penting. “Kita akur dengan ketetapan KPM kerana menolaknya boleh membawa implikasi lain. Sabah tidak boleh mencontohi Sarawak yang menolak polisi baharu DLP kerana situasi di Sabah berbeza,” katanya.

Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan
Gambar sekadar hiasan

Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan

Raisin menjelaskan bahawa pelaksanaan DLP di Sabah memerlukan kecukupan guru dan kesediaan mereka untuk mengajar dalam program itu. Selain itu, pencapaian dan penguasaan murid dalam bahasa Melayu serta permintaan ibu bapa turut diambil kira.

“Sekiranya hanya sebahagian ibu bapa yang mahu DLP dilaksanakan, maka ia tidak dapat dilaksanakan. Bagi sekolah yang tidak mampu menawarkan DLP, kami beri tawaran lain iaitu murid berpindah ke sekolah yang menawarkan DLP,” jelasnya.

Keputusan baharu ini mendapat kebimbangan sesetengah ibu bapa yang merasakan ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk tidak menjejaskan bahasa Inggeris walaupun Bahasa Malaysia akan diperkukuh. Mereka berpendapat bahawa penguasaan bahasa Inggeris penting untuk mendapat pekerjaan dalam persekitaran global yang kompetitif.

Dasar KPM ini juga dikaitkan dengan peningkatan bilangan ibu bapa berkemampuan yang mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah antarabangsa.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kementerian Pengangkutan Tarik Balik Status Lapangan Terbang Supadio Kepada Domestik Kementerian Pengangkutan Tarik Balik Status Lapangan Terbang Supadio Kepada Domestik
Next Article Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM, Lelaki Didenda RM 23K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?