Jangan salahkan gadis itu, beliau innocent
Maklumat Palsu Menteri Berasal Dari Ketua Kampung, Abang Veveonah Buka Cerita. Nama Veveonah tular sekali lagi sejak kebelakangan ini apabila beliau didakwa membuat video 24 Hours On Tree Challenge hanya untuk menaikkan nama sendiri dan bertujuan suka-suka serta hiburan semata-mata.
Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara beberapa hari lepas. Setelah menyedari maklumat yang disalurkan kepada beliau adalah kurang tepat, menteri berkenaan kemudian memohon maaf kepada Veveonah.
Veveonah walaupun memaafkan “semua kesilapan orang” buat terhadap beliau, ternyata Veveonah terguris hati dengan dakwaan terbabit dan luahkan perasaan kecewanya menerusi Facebook peribadi beliau.
Belum mati lagi api membara, seorang Ahli Parlimen Kudat tampil untuk membuat kenyataan yang mengundang kecaman netizen. Menurut sebuah Facebook status yang sudah dipadam, YB terbabit mendakwa bahawa Veveonah mempunyai motif tertentu dari penerbitan video berkenaan. Malah, YB ini juga mendakwa bahawa beliau telah membuat siasatan dan bertanya kepada seorang ‘dekan’ fakulti dan pensyarah IPT di mana Veveonah sedang belajar untuk mendapatkan kepastian sama ada beliau betul-betul menduduki peperiksaan pada masa itu.
Rata-rata netizen terutamanya warga Sabah memberi sokongan kepada Veveonah dan mengecam dakwaan YB terbabit.
Salah satunya ialah abang Veveonah sendiri, di mana beliau sendiri tampil membuka cerita sebenar.
The root of the problem: Jiran sendiri didakwa memfitnah keluarga Veveonah
Abang Veveonah, Mekvin Mosibin tampil menyalahkan salah seorang jiran mereka, dipercayai punca isu ini.
Anda boleh baca penjelasan Mekvin di bawah:
Susah juga kan Kalau jiran sendiri Fithnah segala macam penipuan yang membuat maklumat kepada YB,,, dan YB pun satu…
Posted by Mekvin Mosibin on Monday, September 7, 2020
Pendek kata, beliau mempercayai jiran beliau iaitu Elwin Madisa @ Orong ialah individu yang memfitnah keluarganya serta menyampaikan maklumat kurang tepat kepada orang atasan.
Menurut Mekvin, ibu bapa beliau adalah sebab Elwin dilantik sebagai Ketua Kampung/Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Namun, Mekvin kecewa dengan perangai Elwin dan isterinya, Tulel, yang tidak beradab meskipun ibu bapanya banyak membantu pasangan itu.
Malah, Elwin didakwa sering dimaafkan oleh ibu Mekvin atas kesilapan-kesilapannya namun tiada juga perubahan atas perangainya.
Di samping itu, Elwin didakwa menghalau orang asal Kampung Sapatalang. Yang anehnya, Elwin dan Tulel bukan orang asal kampung tersebut.
Elwin kemudian didakwa memberitahu YB terbabit bahawa keluarga Mekvin bukan berasal dari kampung terbabit dan tidak mempunyai rumah di sana (ini akan dihuraikan sebentar lagi).
Ternyata keluarga Mekvin telah lama bersabar apabila Mekvin sendiri akui mereka sekeluarga sudah bertahan selama beberapa tahun dan ia sudah tiba masa untuk Mekvin bersama adik-beradiknya tampil untuk mempertahankan keluarga mereka dari asyik dibuli.
Pemimpin yang gagal lihat keadaan rakyat
Sebelum ini, Mekvin juga tampil untuk menyatakan kemarahannya kepada pemimpin yang enggan mengakui kesalahan dan gagal melihat keadaan rakyat negeri Sabah.
Hai Semua,,, Saya Mekvin Mosibin Abang kepada Veveonah Mosibin ,,, Disini saya ingin memberi tahu bahawa Video yang…
Posted by Mekvin Mosibin on Monday, September 7, 2020
Menurut Mekvin, adiknya iaitu Veveonah tak berniat untuk meminta segala bantuan atau minta kesian dari video tersebut. Sebenarnya, Veveonah hanya muat naik video terbabit untuk sekadar kongsi suasana di kampung, kehidupan di kampung serta cara anak muda yang serba kekurangan belajar demi mendapatkan sesuatu yang berfaedah.
Namun, akibat video tersebut dipolitikan, mereka sekeluarga terpaksa menangani pelbagai komen negatif terutamanya Veveonah.
Kecewa dengan perbuatan ahli politik, Mekvin memberi ingatan kepada mereka bahawa rakyat adalah sebab mereka masih berkuasa.
“YB, belum tentu kau boleh lawan Rakyat mu. Kerana kuasamu ada di tangan rakyat. Siapa rakyat? Rakyat lah yang menyokongmu sebagai YB atau Timbalan Menteri,” katanya.
Mekvin kemudian menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin yang gagal lihat keadaan rakyat. Malah, ia tidak adil bagi mereka untuk mempersamakan diri sendiri kepada orang yang serba kekurangan.
“Bila kau dah senang dan kaya raya, kau dah lupa orang kampung yang masih memerlukan sesuatu. Internet tak kira di bandar atau di kampung pun sama. Internet kalau bayar RM5 sahaja (kerana orang kampung tak mampu bayar mahal-mahal), bayar mahal pun sama juga. Bila buka Google Online untuk menjawab peperiksaan, memang dapat melayari tapi lama menunggu dan selalunya akan keluar logo ‘raksasa’. Kau tu YB memang lah ada duit lebih untuk bayar internet, lagi mahu bergaduh dengan orang kampung yang tidak setaraf denganmu,” ujarnya lagi.
“Kalau kau YB, turun padang lah,” – Mekvin
Masih lagi tidak berpuas hati, Mekvin kemudian mendesak YB berkenaan untuk turun padang dan lihat lah sendiri keadaan di kampung.
“Kalau kau YB, turun padang lah. Masuk semua kampung pedalaman dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung. Baru kau tahu, bukan juga kau mahu tahu surat menyurat, mesej dari orang yang tidak tepat. Kau YB, tanggungjawabmu itu terlalu besar. Bukan untuk menang dalam undian sahaja, sudah menang kau pilih yang kau suka sahaja. Kau bagi duit kepada pengikutmu yang tidak tahu macam mana pengurusan, apakah sudah diurus atau belum. (Kalau) mahu tahu sudah diurus, cuba kau masuk kampung pedalaman,” katanya lagi.
Beliau juga menegaskan bahawa pemimpin jangan pilih kampung dan sepatutnya melihat keadaan di seluruh tempat kekuasan mereka agar dapat mengetahui lebih lanjut bagaimana keadaan sebenar orang kampung.
“Cuba ambil pengalaman melayari Internet di kampung pedalaman. Itu baru Internet, belum lagi bekalan air, bekalan elektrik,” ujarnya.
Instead of menyalahkan individu, tindakan yang harus dibuat adalah menyelesaikan masalah bukan menuding jari
Mekvin kemudian berkata pemimpin sepatutnya melihat keadaan tersebut dari perspektif lain dan bukan sekadar menyalahkan individu.
“Sepatutnya bila begitu, ambil lah itu sebagai satu permintaan rakyat yang tepat dan bagus untuk diurus kalau mahu diperbesarkan. Ini menentang balik, kata itu semua BOHONG,” kata Mekvin.
Di samping itu, Mekvin menyetuh mengenai penjelasan Timbalan Menteri yang tampil memohon maaf mengenai isu dakwaan video Veveonah yang menggambarkan kurang capaian internet adalah palsu.
Mekvin mempersoalkan penjelasan menteri terbabit apabila mengetahui maklumat tersebut disampaikan oleh YB berkenaan.
“Tepat kah itu, Timbalan Menteri? Sekarang saya pula jawab segala penerangan yang kau dapat dari YB Abdul Rahim Bakri. YB itu dapat segala maklumat dari Kampung Sapatalang, (individu) bernama Elwin Madisa. Alahai, yang kau tanya dan ambil penerangan Elwin tu kenapa, Ketua Kampung ini lah dulu suami isteri pengurus bahagian JKKK di Kampung Sapatalang yang mengusir bapa saya,” jelas Mekvin.
Mekvin kemudian menjelaskan bahawa ibu bapanya diusir oleh Ketua Kampung itu dari Kampung Sapatalang sedangkan mereka orang asal kampung berkenaan.
Jadi, tak hairan lah jika individu tersebut sampaikan maklumat kurang tepat kepada YB terbabit.
Mekvin kemudian menjelaskan bahawa beliau sekeluarga telah tinggal di kampung itu sehingga sekitar 2006 ke 2007.
“Ini lah YB, sampai kau tidak tahu apa-apa. Main suka hati tembak sahaja buat konten. Saya jelas kepada kau YB, mama saya mengandung sampai saya lahir dan membesar di Kampung Sapatalang. Kali terakhir keluarga saya di sana penghujung tahun 2006 ke 2007 lalu pindah ke KPD sebab bapa saya kerja sebagai pekerja buruh. Kau apa tahu, saya pun masa itu masuk Tingkatan 1 di SMK Pitas dan saya bersyukur sebab ia dekat dan mengurangkan kos,” jelasnya lagi.
Mengenai dakwaan mereka tiada rumah di kampung tersebut, Mekvin berkata,
“Kau kata kami tiada rumah di Kampung Sapatalang. Betul, memang tiada sebab ia sudah roboh dan uzur. Bekas rumah kami di Simpang Masuk Kampung Sapatalang dahulu. Dulu, mana ada jiran dekat malah semua berjauhan dan masih lagi berhutan tebal. Itu hal keluarga saya, bukan selama-lamanya menetap di Daerah Pekan Pitas.”
Selain itu, Mekvin juga berkata jalan di sana menyebabkan warga kampung tersebut sukar berjalan akibat jalan yang tidak teratur.
“Lagi satu kesusahan keluarga terpaksa mendekati sekolah di SMK Pitas dan SK Pekan Pitas bagi mengurangkan kos minyak berulang-alik. YB, kau fikir kami kaya, berduit dapat beli minyak? Kalau Jalan Aspal balik kampung, okay lah. Ini Grabol, adui. Banyak kali bapa saya pandu motosikal tapi mengalami kemalangan akibat jalan berlubang, malah kalau hujan ia akan licin,” jelasnya lagi.
Mendesak pemimpin untuk diri sendiri lihat keadaan di kampung
Mekvin mengakhiri luahan beliau dengan berkata,
“Turun padang YB, masa hujan. Rasakan jalan itu masuk simpang Rosob ke Kampung Bilangau Kecil, Bilangau Besar dan ke Kampung Dandun. Jangan pakai kereta. Pakailah motosikal kapcai, orang kampung kan pakai motosikal kapcai. Mana mereka mampu beli motosikal atau kereta mahal. Ini mesej penting saya kepada YB dan rakyat Malaysia yang memahami, sesiapa yang dari kampung itu, ingatlah kita rakyat. Rakyat adalah kuasa kepada ketuanya. Saya tidak minat politik YB, tetapi jangan kotorkan kebaikan rakyat dan keinginan semua rakyat kampung Malaysia dengan politikmu yang tidak boleh dicontohi.”
Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Komen dan jangan lupa share artikel ini.