fbpx
Cerita Borneo

Ahli Parlimen Kudat Pertahan Kenyataan Berkenaan Veveonah, Katakan Kota Rom Tidak Dibina Dalam Satu Hari

‘ Kota Rom Itu Tidak Dibina Dalam Satu Hari ‘ – Ahli Parlimen Kudat

Ahli Parlimen Kudat Pertahan Kenyataan Berkenaan Veveonah, Katakan Kota Rom Tidak Dibina Dalam Satu Hari. Belum reda lagi isu berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia tempoh hari berkenaan video Veveonah, hari Ahli Parlimen Kudat yang juga merangkumi kawasan yang didiami oleh Veveonah tampil mengeluarkan kenyataan di laman facebook beliau.

Ahli Parlimen Kudat Pertahan Kenyataan Berkenaan Veveonah, Katakan Kota Rom Tidak Dibina Dalam Satu Hari
Ahli Parlimen Kudat Pertahan Kenyataan Berkenaan Veveonah, Katakan Kota Rom Tidak Dibina Dalam Satu Hari

Curiga bahawa mungkin ada motif tertentu

Menurut kenyataan beliau, beliau curiga bahawa mungkin ada motif tertentu dari penerbitan video yang diupload di youtube dan ditonton seluruh dunia.

Beliau juga berkata beliau telah membuat satu siasatan dan bertanya kepada seorang dekan fakulti dan pensyarah di UMS sama ada peperikasaan atas talian ada diadakan.

“Ada hikmah nya Datuk..I personally disagree apa budak tu buat
I have same argume like Datuk have said
Sebenarnya no final exam has been executed on line yet
It it just a normal lecture on line…

Walaupun begitu, rakan sekelas Veveonah sebelum ini ada membidas perkara tersebut dan menunjukkan bukti peperiksaan atas talian mereka.


Menurut Ahli Parlimen itu juga, selepas kita menggunakan 4G, liputan menjadi semakin meluas berbanding beberapa tahun dahulu. Walaupun semakin meluas, tidak bererti tiada blind spot terutamanya di kawasan berbukit bukai. Hatta di Kuala Lumpur pun ada masalah terutama di tempat terlindung atau kemudahan yang di vandelise ujarnya lagi.

Abdul Rahim Bakri yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan itu juga mengatakan tiada keperluan untuk pelajar tersebut membahayakan diri memanjat pokok dan mengambil video kerana dia ada pilihan untuk berusaha sedikit ke Pekan Pitas sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang mempunyai liputan yang baik.

Beliau turut menyenaraikan beberapa perkara yang dinaiktaraf semenjak mewakili kawasan pitas seperti Jalanraya, jumlah doktor di hospital sehinggalah projek ekonomi yang telah dijanakan.

Beliau turut mengatakan bahawa daerah Pitas dan Bengkoka memiliki kawasan yang sangat besar dan sudah tentulah mengambil masa sedikit untuk menyelesaikan kesemua isu apatah lagi kerana penjajah British tidak pun meninggalkan apa apa kemudahan ketika merdeka pada tahun 1963.

Beliau juga mengakhiri kenyataannya dengan mengatakan “KOTA ROM ITU TIDAK DIBENA DALAM SATU HARI”

Sebelum ini, Veveonah turut meluahkan rasa kekecewaan apabila dituduh tidak menduduki peperiksaan semasa video tersebut diambil.


Veveonah sebelum ini juga telah ditawarkan biasiswa setelah mendapat keputusan cemerlang.

Artikel Berkaitan

Back to top button